Bekas
wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini
terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan
penyakit kencing manis.Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, dimasukkan ke hospital berkenaan kali kedua sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini.
Ketika ditemui, Aziz berkata, doktor mengesahkan masalah buah pinggangnya pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses heamodialisis dalam tempoh terdekat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.