Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.
Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.
“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” laporan itu dipetik.
Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.
Sirul Azhar (kiri), yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.
Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.
Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.
Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.
Gambar Sirul, 43, dan Azilah, 38 (kanan) juga diperolehi hari ini dengan ehsan polis Bukit Aman.
Sirul dan Azilah sebelum ini berjaya mengelak wajah mereka dirakam oleh lensa kamera sepanjang tempoh perbicaraan dan rayuan, sejak hampir sedekad lalu.
Kedua-duanya menutup wajah masing-masing dengan rapi ketika dibawa masuk dan keluar daripada bilik mahkamah.
Berakhirkah sudah
legasi Tok Guru Nik Aziz?
Dinsman
Betul, dulu saya menyanjung Tok Guru Nik Aziz dan sekarang pun saya
masih menyanjungnya, kerana Nik Aziz yang dulu dengan Nik Aziz sekarang
adalah orang yang sama; hanya bezanya sekarang dia semakin uzur dan
peranannya dalam politik PAS jauh berkurangan dan tidak seefektif dulu.
Itulah jawapan kepada salah seorang pembaca yang bertanya, sebagai
respons kepada tulisan saya yang mengkritik ulama dalam PAS, awal
Disember 2014. Soalannya – kenapa dulu saya begitu menyanjung Tok Guru
Nik Aziz tetapi sekarang mengkritik ulama?
Saya tidak mengkritik ulamanya Nik Aziz, tetapi saya mengkritik
segelintir ulama lain yang menduduki beberapa jawatan penting dalam
pimpinan atasan PAS dan mempengaruhi perjalanan parti itu, bukan sahaja
sebagai natijah keberkesanan kepemimpinannya (seperti yang berlaku pada
kepemimpinan Nik Aziz), tetapi juga melalui kempen yang digerakkan
dengan sedar bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam kedudukan
mereka di dalam parti.
Itulah yang saya maksudkan apabila saya kata mereka itu “kehilangan
keyakinan diri”. Orang yang mempunyai keyakinan diri yang teguh seperti
Nik Aziz dan juga Almarhum Ustaz Fadzil Noor misalnya tidak pernah
berasa kedudukan mereka terancam dan tidak pernah berasa perlu
menggerakkan kempen bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam dan
menyaingi kedudukan mereka.
Bahkan mereka menerima dan meraikan kehadiran golongan profesional dan
intelektual tersebut (yang dianggap memberi ancaman dan saingan itu)
yang mahu berjuang bersama bagi mencapai matlamat parti.
Satu hal yang sangat jelas menjadi asas kepemimpinan Nik Aziz (dan juga
Fadzil Noor) ialah penekanan dan fokus yang diberikan kepada dakwah
Islamiyah sentiasa berada di atas daripada segala kepentingan dan
pertimbangan lain, termasuk kepentingan politik parti.
Perhatikanlah isi ceramah Nik Aziz misalnya, walau di manapun dan dalam
situasi apapun dia berucap, termasuk dalam kempen pilihanraya sekalipun,
dia sentiasa bercakap mengenai ajaran Islam begitu dan begini dan
sentiasa berusaha memberi penerangan dan penjelasan dari pelbagai sudut,
menggunakan bahasa dan perbandingan yang paling mudah difahami orang
ramai. Mengenai ajaran Islam. Bukan mengenai kebaikan parti PAS.
Dan dia sentiasa menegaskan kerja dakwah yang dilakukan, bersama alim
ulama lain termasuk guru-guru pondok adalah sebagai kesinambungan
daripada kerja yang dilakukan oleh para ulama dahulu, sejak zaman
berzaman, yang dimulai oleh para Rasul. Begitu dia menjelaskan kedudukan
para ulama, tanpa ada kecenderungan berpolitik (atau kelihatannya
seperti tidak ada kecenderungan berpolitik).
Saya sendiri beberapa kali mendengar Nik Aziz menasihati para pimpinan
PAS supaya kurangkan bercakap mengenai PAS dan lebihkan bercakap
mengenai Islam kerana tujuan dan matlamat perjuangan PAS ialah Islam.
Bahkan beliau juga pernah berkata sekiranya Umno mengubah dasar
perjuangannya daripada nasionalisme kepada Islam, PAS akan membubarkan
partinya kerana tidak diperlukan lagi, kerana Umno sudah berjuang untuk
Islam.
Begitu sekali Nik Aziz menjunjung Islam itu di atas dari segala-galanya,
dan menganggap segala gerak kerjanya sebagai ibadat kepada Allah SWT
dengan penuh keikhlasan, dan sentiasa mengingatkan orang ramai terhadap
kehidupan akhirat – hingga kelihatan seperti dia tidak ada masa
memikirkan soal kepentingan diri atau kepentingan untuk mempertahankan
kedudukan dirinya di dalam parti.
Sebab itu apabila pihak lawan menuduh PAS memperalatkan Islam untuk
mencapai kepentingan politik, tuduhan itu dilihat awam sebagai tidak
mempunyai kewajarannya.
Berbeza dengan sekarang. Bukannya orang lain, orang dalam parti
sendiripun sudah mula membuat tuduhan yang seperti itu – “mereka itu
memperalatkan agama untuk kepentingan diri.” Orang sesama parti yang
mengata. Kalau orang sesama parti pun sudah berkata begitu, bagaimanakah
pula kita akan berhujah mempertahankan parti sekiranya pihak lawan
menuduh demikian kepada kita?
Itulah yang membezakan ulama dulu dengan sekarang. Ulama dulu kurang
berpolitik tetapi lebih berdakwah dan bercakap mengenai Islam, bukan
mengenai parti. Ulama sekarang terlalu banyak berpolitik dan menjaga
kepentingan diri dan puak.
Dan itulah yang membezakan Nik Aziz dengan segelintir individu yang
menganggap diri mereka sebagai ulama sekarang, yang menduduki beberapa
jawatan penting dalam PAS, termasuk dalam Majlis Syura Ulama – badan
tertinggi dalam parti.
Apabila mereka mula berkempen untuk mempertahankan diri atau menjaminkan
jawatan tertentu dalam parti untuk mereka dan menyingkirkan golongan
profesional dan intelektual yang dianggap menyaingi mereka, saya melihat
itu sebagai tanda mereka sudah kehilangan keyakinan diri.
Apatah lagi apabila kempen itu sudah menjadi ala-ala kempen di dalam
Umno, akhlak mereka yang terlibat itupun sudah larilah daripada akhlak
yang dianjurkan Islam. Di situ imej Islam sudah tercalar.
Selain itu banyaklah lagi tindakan dan gerak kerja mereka yang suka
menonjolkan diri sebagai ulama di dalam PAS itu yang menyimpang daripada
‘jalan’ yang dilalui Nik Aziz. Bukan saya mengatakan jalan yang dilalui
Nik Aziz itu sahaja satu-satunya jalan yang diiktiraf Islam.
Saya hanya mengatakan Nik Aziz menunjukkan satu jalan Islam yang
diterima oleh orang ramai yang pelbagai kaum, pelbagai budaya dan
pelbagai agama di negara ini. Suatu pencapaian yang cukup besar bagi
parti PAS dan juga bagi Islam kerana bukannya mudah untuk orang ramai
yang bukan Islam pada hari ini hendak menerima pimpinan Islam.
Kempen dan dakyah Amerika-Zionis melalui pelbagai media yang nyata dan
tak-nyata hari ini mempengaruhi bukan sahaja orang bukan Islam tetapi
juga sebahagian orang Islam yang lemah imannya, memandang Islam itu
hanya agama untuk ibadat peribadi sahaja, manakala untuk urusan
kehidupan mereka lebih percayakan sistem-sistem sekular.
Maka amatlah menghairankan saya kenapakah khazanah pencapaian Nik Aziz
yang sangat berharga untuk PAS dan juga untuk Islam tidak dipelihara dan
dipertahankan oleh para ulama di dalam PAS hari ini. Malah mereka yang
diamanahkan untuk mentadbir negeri Kelantan setelah Nik Aziz melepaskan
jawatan menteri besar pun nampaknya tidak begitu bersungguh meneruskan
‘jalan’ yang dilalui dan dibuktikan keberkesanannya oleh Nik Aziz itu.
Bukanlah mereka mengabaikannya langsung. Banyak juga yang mereka hargai
dan mereka teruskan. Tetapi banyak pula kecacatan dan kelemahan dalam
mereka meneruskan itu. Apakah kerana kurang memahami/menghayatinya atau
kerana mencuba membuat pembaikan atau membuat penyesuaian dengan
keperluan baru – saya tak tahulah.
Yang jelasnya nampak seperti mereka kurang menghargai dan menghayatinya.
Walaupun ada ditubuhkan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) misalnya,
tetapi apakah fungsi dan peranan yang dimainkan oleh institut itupun
setakat ini tidak jelas.
Misalnya dalam pergolakan yang berlaku di kalangan ulama di dalam PAS
mutakhir ini, saya fikir barangkali IPTG boleh melakukan sesuatu, samada
reaksi secara langsung ataupun tidak langsung. Tetapi nyatanya tidak.
-malaysianinsider-
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
“Sudah pasti saya akan
bersama Pakatan Rakyat"
PUBLISHED: Jan 15, 2015 11:14pm
Mejar Zaidi akan bersama Pakatan Rakyat
Zaidi berkata, keputusan untuk bersama PR, bukanlah satu keputusan yang
dipaksa mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan beliau sendiri,
berdasarkan apa yang berlaku dalam arena politik negara.
KUALA LUMPUR, 15 Januari:
Bekas Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi
Ahmad mengesahkan akan bersama Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata demikian, selepas menyertai Forum Bersih 2.0, “Padah
Kerana Benar, Bebas Kerana Salah”, pada Khamis malam.
“Sudah pasti saya akan bersama Pakatan Rakyat.
“Bila kamu sertai parti politk, kamu kena ikut keputusan parti. Dan
kalau parti ambil keputusan untuk saya bertanding, saya akan bertanding
sebagai calon,” katanya ketika ditanya sama ada akan bertanding sebagai
calon PR pada pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, keputusan untuk bersama PR, bukanlah satu keputusan yang
dipaksa mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan beliau sendiri,
berdasarkan apa yang berlaku dalam arena politik negara.
“Faktanya ialah, kalau awak tidak bersetuju dengan kerajaan, kamu kena
ada pilihan atau alternatif. Jadi, saya perlu lakukan bahagian saya, dan
saya percaya semua orang buat keputusan sendiri.
“Keputusan saya adalah berdasarkan apa yang saya fikir, bukan
berdasarkan apa yang orang fikir dan percaya apa yang saya akan buat,”
jelasnya lagi.
Isnin lalu, Mahkamah Tentera Kuala Lumpur memutuskan untuk memecat Mejar
Zaidi daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong.
Keputusan itu dibuat mahkamah berkenaan, selepas mendapati dia bersalah
terhadap dua pertuduhan, melibatkan isu dakwat kekal, pada Pilihan Raya
Umum ke-13, serta menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua
tahun lalu. - sumber
Posted by mountdweller at 7:00 AM
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.