PETALING
JAYA: Para artis mengecam pihak polis khususnya individu yang merakam
dan menyebarkan video penyanyi Zamani dipaksa menyanyi ketika ditahan
bagi membantu siasatan kes dadah.
Satu hashtag yang dikenali
#BantahTindakanPolisKpdZamani telah diperkenalkan dilaman sosial seperti
Facebook, Twitter dan Instagram bagi meluahkan rasa ketidakpuasan hati
akibat penyebaran video itu selain menganggap perbuatan berkenaan adalah
biadab.
Antara artis yang meninggalkan pesanan
dalam hastag berkenaan ialah Tomok sambil mengucapkan terima kasih
kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji akan
mengambil tindakan tegas kepada pihak terbabit.
Pelakon Sharifah Sahora dalam hastag
yang sama turut menegur polis yang disifatkannya mungkin telah kemaruk
apabila menangkap seorang artis dan kemudian menyuruhnya menyanyi.
Turut sama melahirakan kekesalan mereka antaranya Datuk Aznil Nawawi, Haiza, Elfira Loy dan Taufik Batisah.
Terdahulu media meloporkan seorang
penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai
memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini
awal pagi Rabu.
Serbuan pada pukul 12.30 malam itu
dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah
Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat
kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.
Ujian air kencing mendapati penyanyi
berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32
tahun positif dadah amphetamine.
Akibat penyebran video itu, Khalid
Ibrahim berjanji untuk mengambil tindakan terhadap idividu terlibat
merakam dan menyebarkan video itu.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.