Followers

Thursday, January 1, 2015

Anwar harap Malaysia ditadbir urus lebih baik pada 2015

Published: 1 January 2015

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat perlu menghadapi cabaran ekonomi dan sosiopolitik tahun baru ini tiada ruang untuk ditadbir tanpa hala tuju.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat perlu menghadapi cabaran ekonomi dan sosiopolitik tahun baru ini tiada ruang untuk ditadbir tanpa hala tuju.

Sempena Tahun Baharu 2015, Malaysia diharap dapat diurustadbir dengan lebih baik bagi menjamin keadilan setiap warganya dari sudut politik, ekonomi dan sosial, dan terus ditambah baik dari semasa ke semasa, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, itu merupakan komitmen PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kerana negara ini tidak mempunyai ruang untuk ditadbir secara cemerkap, keliru, dan tiada hala tuju.

"Malaysia harus terus dipacu dengan gagah dan bertenaga, berdiri sebagai sebuah negara merdeka yang adil lagi demokratik berpaksi keluhuran perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tahun 2015 rakyat segenap lapisan perlu bersiap sedia menghadapi cabaran ekonomi dan sosiopolitik nyata sekali merupakan cabaran terbesar yang harus dihadapi bersama.

Pada masa sama, harapan besar disandarkan kepada pemerintah agar kawal selia sektor ekonomi diperkemaskan supaya tidak membebani rakyat terbanyak.

"Demikian juga komitmen pemerintah dalam menolak sepenuhnya agenda perkauman sempit serta pendakwaan terpilih yang mampu mendorong kepada ketidakseimbangan sosiopolitik dan perpaduan rakyat seluruhnya," katanya. – 1 Januari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.