Followers

Friday, January 16, 2015

Akhirnya Pembunuh Altantuya Selamat Di Australia...

 
KERAJAAN Australia akan menolak permohonan Malaysia untuk membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar kerana hukuman yang dijatuhi ke atasnya adalah hukuman mati.

Akhbar Australia, Sydney Morning Heraldmelaporkan jurucakap Jabatan Peguam Negara Australia menyebut undang-undang ekstradisi negara itu tidak membenarkan seseorang diserahkan kepada negara lain untuk kesalahan yang boleh dihukum dengan kematian melainkan negara ini telah memberikan satu akujanji kepada Australia bahawa hukuman itu tidak akan dilaksanakan.

“Australia menentang hukuman mati. Kita menentang hukuman mati di Australia dan di luar negara,” menurut laporan itu.

Sirul dan seorang lagi anggota UTK Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan, Selasa lepas selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shariibuu, ditolak.

Panel lima hakim sebulat suara mendapati Sirul dan Azilah bersalah dan hukuman gantung berkenaan dikekalkan.

Sirul tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman tersebut dijatuhkan dan dipercayai berada di Australia sejak enam bulan yang lalu.

Polis akan mendapatkan kerjasama dengan Polis Persekutuan Australia untuk memberkas Sirul yang menurut rekod Jabatan Imigresen, ke negara tersebut pada Oktober lepas.

Kedua-duanya sebelum ini pada April 2009 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh model Mongolia Altantuya sembilan tahun lalu tetapi kemudian dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan.

– MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.