Followers

Wednesday, January 7, 2015

1MDB bukan syarikat di bawah UMNO, tetapi kenapa UMNO kelam kabut sangat?


 ”Tetapi, kenapa UMNO kelam kabut sangat. Selepas saya buat laporan polis tempoh hari, pihak 1MDB telah keluarkan kenyataan bahawa mereka sedia dan tidak takut untuk disiasat, tetapi kenapa UMNO yang bising-bising,” kata Khairuddin.

Khairuddin dari UMNO Bahagian Batu Kawan ni.. dia benar-benar tak tahu atau pura-pura tak tahu sebenarnya?

Kelam kabut lah kawan-kawannya dari UMNO tu sebab nak jadi hero untuk diperlihatkan kepada Najib yang mengasaskan penubuhan 1MDB tu..

Mana tahu hasil penat lelah mereka bermati-matian mempertahankan 1MDB itu dihargai Najib.. cerahlah masa depan..Kalau bukan projek adalah habuan lain..

Biasalah tu.. dalam UMNO bodohpun tak apa asal pandai bodek..

Laporan berkaitan..

Kenapa UMNO kelam-kabut?

KUALA LUMPUR: ”Kenapa UMNO kelam-kabut sangat,” soal Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung perbuatan UMNO yang melenting akibat tindakannya membuat laporan polis mengenai 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB).

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat mengenai 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan UMNO dan tidak ada sebab untuk parti itu melatah.

Malah ujarnya, pihak 1MDB menyatakan kesediaannya untuk disiasat ” tetapi kenapa UMNO yang bising-bising.”

”Tetapi, kenapa UMNO kelam kabut sangat. Selepas saya buat laporan polis tempoh hari, pihak 1MDB telah keluarkan kenyataan bahawa mereka sedia dan tidak takut untuk disiasat, tetapi kenapa UMNO yang bising-bising,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu beliau memberi keterangan di Bahagian Jenayah Perdagangan, Polis Diraja Malaysia berhubung laporannya mengenai 1MDB.

Khairuddin menjelaskan bahawa tindakannya itu hanyalah disebabkan kerisauan apabila melihat hutang 1MDB sejak Mac tahun lalu mencecah RM41.9 bilion ringgit.

“Ia merupakan satu jumlah yang besar. Sekiranya apa-apa berlaku, ia akan memberi masalah kepada rakyat dan kerajaan,” tambahnya.

Beliau juga menyifatkan Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim sebagai seorang budak hingusan yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang politik.

Menurutnya, laporan yang dibuat oleh Hilme mengatakan bahawa laporan yang dibuatnya tempoh hari mengenai syarikat 1MDB palsu mencemarkan imejnya.

“Laporan Hilme itu mencemar kredibiliti politik saya. Saya membuat laporan polis itu hanyalah untuk menegakkan kebenaran dan oleh itu, saya memohon pihak polis siasat ketelusan dana 1MDB,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan bagaimana Hilme boleh mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya adalah palsu.

“Kenapa Hilme melangkaui pihak berkuasa. Adakah Hilme ingat dia Ketua Polis Negara, Peguam Negara. Pihak polis kini sedang menyiasat dan dia kata laporan itu palsu. Saya amat menyanjungi polis, kerana mereka pada masa ini tidak memilih bulu.

“Bahkan, saya selama ini konsisten. Saya tidak pernah kata 1MDB mengamalkan rasuah dan sebagainya cumanya saya minta pihak polis siasat ketelusan pentadbiran dana 1MDB dan minta siasat dengan semua lembaga pengarah 1MDB,” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Khairuddin turut bercadang untuk mengambil tindakan terhadap Hilme yang juga merupakan Naib Pemuda UMNO Batu Kawan.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hilme, dan peguam saya sedang mengkaji kenyataannya di dalam akhbar dan sedikit masa lagi kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” ujarnya lagi lapor Free Malaysia Today.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.