Followers

Wednesday, January 7, 2015

1,740 kawasan cerun di KL berisiko

 
Sebanyak 1,740 kawasan cerun di sekitar sini berisiko runtuh, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
  
Beliau berkata jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian Kuala Lumpur Slope Information System (KuLSIS).
  
Daripada jumlah itu, sebanyak 620 kawasan cerun didapati berisiko paling tinggi manakala selebihnya berisiko tinggi, katanya.

"Kawasan di Parlimen Segambut mencatat jumlah tertinggi iaitu 713 kawasan, 219 paling tinggi dan 494 kawasan berisiko tinggi.

"Lembah Pantai berjumlah 315 kawasan, Bandar Tun Razak (183), Seputeh (132), Setiawangsa (125), Bukit Bintang (90), Kepong (70), Wangsa Maju (56), Cheras (45) dan Batu (11)," katanya selepas melawat bekas tapak runtuhan cerun di Jalan Tuba, Kampung Attap di ibunegara.
  
Ahmad Phesal berkata setakat ini lapan kawasan cerun sedang dalam proses pembaikan.
  
"Daripada jumlah itu, tiga kawasan telah dibaik pulih iaitu di Taman Salak Jaya dengan kos RM1.2 juta, Lorong Setia Bistari, Bukit Damansara (RM1.5 juta) dan Jalan Tuba, Kampung Attap (RM1.9 juta)," katanya.
  
Beliau berkata pemaju yang ingin melaksanakan pembinaan di kawasan berisiko tinggi perlu mendapatkan khidmat nasihat KuLSIS terlebih dahulu dan mengikutgaris panduan pembangunan di kawasan tanah tinggi.
  
KuLSIS yang diperkenalkan Jun lalu berupaya membantu aspek visual untuk menilai pembangunan di kawasan lereng dan cerun bukit serta membantu menangani kegagalan cerun atau tanah runtuh.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.