Followers

Monday, January 19, 2015

10 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat Seperti Panadol.

 Rawatan Semulajadi! Tranungkite Cara Hilangkan Sakit Kepala Ramai di antara kita yang mengalami sakit kepala atau migrain samada untuk beberapa jam atau yang berhari-hari lamanya.

Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat.

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyebab sakit kepala ialah: Tekanan (tension headache). Kemurungan Migrain (pengecutan salur darah) Penyakit serta ketegangan dalam mata. Sakit gigi dan tulang rahang.

Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak. Kejang otot. Kecederaan kepala dan tengkuk/leher. Angin Ahmar Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor). Tekanan Darah Tinggi Pengambilan dadah dan racun

Adalah tanda-tanda diatas sama dengan apa yang pernah anda rasa?Ingin tahu cara hilangkan sakit kepala? Berikut disenaraikan beberapa cara hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat seperti Paracetamol (Panadol) atau ubat tahan sakit. 1. Guna limau kasturi Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut.

Sambil-sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

2. Urut dengan minyak panas Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut.

Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.

Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas. Jika tidak biasa, tidak perlu cuba. Ini kerana, ada orang yang langsung tidak tahan denga minyak Cap Kapak!

3. Guna pek ais Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

4. Jauhi MSG Pernah dengar atau tidak dialog ini, “Aku rasa, aku sakit kepala ni sebab kedai makan tadi tu letak banyak sangat Ajinomoto”.

Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan.

Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron.

Kami tidak kata Ajinomoto itu tidak bagus. Cuma, kurang-kurangkan pengambilan jika masah di rumah. Lebih baik jika hindari sepenuhnya!




5. Rehatkan diri Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat sementara waktu. Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising.

Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut.

Cara hilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di pejabat. 6. Guna epal dan cuka epal cider (apple cider vinegar) Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala.

Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak. Alternatif lain, letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam.

Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit. 7. Minum air elektrolit Tidak kurang juga ada orang melaporkan dengan meminum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive.

Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala.

Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak.

Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian. 8. Letak kain basah di dahi Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring.

Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan.

Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega. 9. Rendam kaki dalam bekas air panas

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas.

Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi.

Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sekali sukar! 10.

Rawatan akupuntur Bagi mereka yang sering sakit kepala secara berulang-ulang, anda boleh mendapatkan rawatan akupuntur sebagai cara untuk hilangkan sakit kepala.

Mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil yang dimasukkan di bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi di dalam badan.

Ia juga dapat mencegah sakit kepala daripada berlaku serta merupakan rawatan yang mempunyai kesan sampingan yang sedikit. Kami percaya, cara hilangkan sakit kepala guna teknik akupuntur sangat berkesan. Belum cuba, belum tahu!

Tambahan lagi Pastikan anda minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari. Lagi banyak, lagi bagus. Kandungan air dalam badan sangat penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi ini, anda dapat menghindari dari dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala tersebut.

Air juga dapat membantu bahagian dalaman anda dapat berfungsi dengan baik dan berupaya menggantikan sel-sel yang rosak dalam badan. Segera jumpa doktor Jika anda sedang mengalami sakit kepala, anda boleh cuba mana-mana cara untuk hilangkan sakit kepala seperti di atas ini agar sakit kepala tersebut hilang.

Cara hilangkan sakit kepala di atas cuma cadangan sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku jika anda mengikuti petua ini. Jika sakit kepala tersebut terlalu berat, anda boleh mengambil ubat tahan sakit sebagai cara untuk hilangkan sakit kepada. Ia boleh didapati di farmasi berhampiran anda dan murah serta berkesan untuk memberikan kelegaan dengan cepat.

Cuma elakkan daripada menjadi terlalu bergantung kepadanya yang akan membuatkan ubat tahan sakit menjadi tidak berkesan dalam jangka masa yang panjang. Cara hilangkan sakit kepala yang terbaik ialah berjumpa doktor dan dapatkan konsultasi yang bertauliah.

Jika sakit kepala yang terlalu kerap dan terlampau teruk, lebih baik berjumpa doktor pakar.

Sumber: Siraplimau


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.