Followers

Saturday, January 31, 2015

Isteri PM India terima layanan 'kelas kedua'

 
  Kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke India minggu menimbulkan tumpuan ke atas kehidupan misteri isteri perdana menteri tuan rumah.

Tanda tanya mengenai kehidupan Jashodaben itu timbul kerana Jashodaben Chimanlal Modi tidak kelihatan di perarakan Hari Republik India.

Siasatan oleh agensi berita Reuters kemudiannya mendapati, Jashodaben Chimanlal Modi semakin kecewa dengan layanan "kelas kedua" yang diterimanya.

Jashodaben dan anggota keluarganya malah terpaksa menyediakan keperluan untuk pengawal keselamatan yang disediakan untuknya.

“Saya dikelilingi lima orang pengawal keselamatan pada setiap masa.

Sudah banyak kali keluarga saya atau saya sendiri terpakasa memasak untuk mereka, kakak ipar saya terpaksa kemas tempat tidur mereka.

“Ini sangat menjengkelkan,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Perarakan besar sempena Hari Republik India itu dihadiri Obama bersama isteri, Michelle Obama.

Status perkahwinan Perdana Menteri India, Narenda Modi tidak diketahui umum sehinggalah beliau mengakuinya pada April lalu.

Modi bagaimanapun meneruskan kehidupan seperti seorang bujang, lapor agensi itu.

Menurut laporan itu, kedua-duanya mendirikan rumah tangga ketika baru belasan tahun. Jashodabe berusia 17 tahun dan Modi, 18 tahun pada masa itu.

Tiga tahun kemudian, Modi menjauhkan diri dari isterinya dan menumpukan perhatian pada sebagai pekerja kempen parti Rashtriya Swayamsevak Sangh, sebuah parti nasionalis Hindu, dan menyertai politik.

Jashodaben menjadi guru sekolah dan kedua-duanya tidak menuntut penceraian dan tidak berkahwin semula.

Beliau kali terakhir bercakap dengan Modi pada tahun 1987.
 
Malaysiakini

Lanun cuba larikan diesel RM900,000 ??


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan mematahkan cubaan sekumpulan sembilan lanun bersenjata merompak dan melarikan sebuah kapal muatan minyak diesel bernilai RM900,000 di perairan Timur Tanjung Siang berdekatan Tanjung Penawar malam semalam.

Pengarah Operasinya Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamed berkata kesemua lanun itu yang berumur 28 hingga 46 tahun menggunakan bot pancung untuk menawan kapal berkenaan yang melabuhkan sauh di Tanjung Ayam, perairan Pengerang.

"APMM menerima laporan kehilangan kapal itu 11 pagi semalam setelah gagal dikesan dan dihubungi sejak Rabu kira-kira 10 malam.

"Bertindak atas maklumat itu, APMM telah mengatur gerak dua buah kapal, dua buah bot pemintas dan satu unit pasukan Tindakan Khas (PTK) bagi mencarinya sebelum mengesan kapal itu di kedudukan 15 batu nautika Timur Tanjung Siang," katanya kepada pemberita.

Ibrahim berkata tujuh lanun yang berada di atas kapal itu ditahan. Dua lagi rakan mereka sempat terjun ke laut apabila ternampak kelibat anggota APMM.

"Bagaimanapun, kedua-duanya ditemui semula oleh sebuah kapal dagang di kedudukan 10 batu nautika Timur Tanjung Punggai, sejauh 13 batu nautika dari kapal itu ditawan," katanya.

Sementara itu, kesemua anak kapal iaitu tiga warga Indonesia dan tujuh warga Myanmar berumur antara 20 hingga 50 tahun yang ditawan disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami juga menemukan empat bilah parang, tiga pucuk pistol mainan, sebilah kerambit dan seunit tukul yang dipercayai digunakan lanun berkenaan untuk mengugut mangsa," katanya.

Ibrahim berkata ini adalah kes tangkapan pertama yang melibatkan rompakan kapal bagi tahun ini dan APMM akan mempergiatkan usaha termasuk meningkatkan jaringan komunikasi bersama komuniti maritim di sekitar perairan Johor Timur untuk membendung kegiatan berkenaan.

- Bernama

Mitos tentang saiz alat sulit lelaki...???


Dua orang pengkaji seks dari laman The Daily Dot, EJ Dickson dan Nico Lang merampaikan tujuh fakta dan mitos tentang saiz alat sulit lelaki.

Saiz besar? Tak sanggup

Lang berpendapat, alat sulit lelaki yang sebesar sembilan inci adalah ibarat kereta berperisai.
Namun beliau sendiri tidak sanggup membuat hubungan seks dengan individu seperti itu, katanya.

"Ia cantik untuk dilihat, tetapi jika ada lelaki memikirkan yang mereka boleh memarkirnya di garaj saya, dia gila," katanya dengan berkias.

Katanya, lelaki yang memiliki "kereta perisai besar" tidak semestinya mampu mengendalikan alat tersebut dengan baik.

Wanita suka saiz sesuai

Menurut Lang, kajian Australian National University menunjukkan wanita lebih menyukai saiz alat sulit lelaki yang sesuai mengikut ketinggian badan.

Lelaki rendah dengan alat sulit yang besar dan panjang dianggap tidak menarik oleh sekumpulan wanita yang menjadi subjek kajian itu, katanya.

Tidak perlu saiz besar

Pengkaji itu menyebut, fantasi ke atas saiz yang besar berpunca daripada pengaruh pornografi.
Menurut mereka, fantasi tidak perlu menjadi realiti kerana ia ibarat mengharapkan semua wanita adalah seksi.

Harapan terlalu tinggi

Wanita akan kecewa jika berharap agar lelaki yang mempunyai alat sulit besar mempunyai prestasi luar biasa di ranjang.

Seks bukan hanya untuk penetrasi

Menurut mereka, hanya 25 peratus wanita mampu mencapai orgasme menerusi rangsangan faraj.
Justeru, wanita kebiasaannya memerlukan rangsangan lain untuk memperolehi rangsangan di luar faraj.

Saiz besar akan menyakitkan

Bukan semua perempuan mahu mengadakan hubungan badan dengan lelaki yang beralat sulit besar.
Mereka memberi amaran, ia akan menyebabkan golongan wanita akan berasa sakit.
Pilihan berkurangan

Kajian menunjukkan saiz purata alat sulit apabila tegang adalah di antara 5.1 dan 5.9 inci.

Golongan wanita akan hilang peluang untuk bertemu lebih ramai lelaki jika mengkhususkan untuk mengadakan hubungan badan dengan pasangan yang mempunyai alat sulit bersaiz sembilan inci ke atas sahaja.

Malaysiakini.

Apa jadi bila selfie 'difatwakan' haram?

 
 
Seorang penulis, jurumotivasi dan personaliti Indonesia mencetuskan kontroversi apabila mengisytiharkan selfie sebagai haram.

Natijahnya, beliau diejek dengan kebanjiran selfie dari wanita-wanita berhijab Indonesia di Twitter dan Instagram susulan pengumuman itu menggunakan tanda pagar #Selfie4Siauw.

Felix Siauw, 30 tahun membuat perisytiharan itu dalam satu manifesto 17 perkara dan melabelkan mereka yang mengambil selfie sebagai tunduk kepada sikap "ujub, riak dan takbur".

"Apabila kita selfie lalu dimuat naik di media sosial, dan berharap dikomen, di-like, di-view atau lain-lain, kita sudah masuk perangkap riak," tulis beliau di akaunnya pada 19 Januari lalu.

Siauw mempunyai lebih 1.1 juta pengikut di akaun Twitter dan menyifatkan dirinya sebagai "pengembang dakwah, bersama mereka yang menegakkan syariah khalifah, dan hamba yang sangat berharap diampuni Allah di hari pembalasan."


Malaysiakini

Guan Eng tak mahu jawab isu debat


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang.

Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?'

Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'. Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian.

Sebelum itu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Pada khamis, setiausaha penganjur DAP Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim untuk berdebat.

Beliau berkata cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap Umno yang menjadi musuh politik PAS.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.

- Bernama
KOMEN:  Kita hanya berdebat dengan Parti Lawan -  Contoh : UMNO/BN - Kalau datang dari komponen parti Pakatan Rakyat -  Kita hanya digalakkan untuk berbincang/mesyuarat. -  ZAR ALI

PKR Johor minta Zahid perjelas projek IPK

 
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberi masa sehingga Rabu depan untuk menjelaskan mengenai projek pembinaan ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Johor bernilai RM103 juta yang terbengkalai sejak 2010.

ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan Pengarah Strategi AMK, Akmal Nasir berkata mereka akan mengemukakan pendedahan baru jika Zahid tidak membuat penjelasan dalam tempoh itu.

"Berdasarkan lawatan kami ke tapak projek, projek pembinaan tambahan ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Johor yang terletak di bandar Johor Bahru yang bermula sejak tahun 2010 masih terbangkalai," kata mereka dalam satu kenyataan.

Menurut mereka, perkara itu dibangkitkan di dewan undangan negeri Johor dan pengumuman dibuat yang projek itu sepatutnya siap  pada Julai 2013.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof pada Jun lalu dilaporkan berkata kontraktor asal ditamatkan perkhidmatan kerana masalah kewangan dan kualiti kerja.

Menurut Puah dan Akmal lagi, perkara tersebut menarik perhatian Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

"Malangnya PAC dan SPRM juga masih gagal untuk membentangkan sebarang maklumat berkenaan hasil siasatan mereka atau sekurang-kurangnya memberikan penjelasan mengapa projek pembinaan IPK Johor lewat dan sehingga kini masih terbengkalai," kenyataan mereka dipetik.

Puah dan Akmal menggesa Zahid sebagai menteri berkenaan menjawab soalan-soalan berikut:

1. Siapakah kontraktor yang bertanggungjawab yang menyebabkan projek ini gagal dan apakah kriteria pemilihan kontraktor?

2. Apakah status terkini pembinaan? Bilakah projek ini dijangka akan siap?

3. Apakah tindakan yang dikenakan dan akan dikenakan kepada kontraktor tersebut yang gagal memenuhi syarat kontrak iaitu menyiapkan projek menjelang Julai 2013?

4. Adakah terdapat projek-projek pembinaan untuk kontinjen polis di tempat lain yang turut mengalami kelewatan atau terbengkalai?

5. Apakah kesan kelewatan projek ini terhadap tugasan dan kelancaran kontinjen polis Johor?

"Jika gagal memberi respon atau jawapan yang memuaskan sebelum Rabu ini, kami tiada pilihan melainkan untuk tampil dengan pendedahan yang berikutnya," kata mereka lagi.


Malaysiakini
 

MASALAH DALAMAN PAS PUNCA HARAKAH JATUH..!!

  
 
 
Bekas Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam mendakwa punca sebenar kejatuhan jualan akhbar Harakah adalah disebabkan masalah dalaman parti yang terlalu banyak.

 “Masalah merudum penjualan akhbar Harakah bukan disebabkan akhbar tersebut tidak laku tetapi puncanya adalah disebabkan segelintir pemimpin PAS yang terlalu banyak krisis sehingga gagal menyelesaikanya,” katanya pada program ‘Harakah dalam bahaya’ dan pendedahan mengapa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mesti berundur.

 Menurut beliau, dakwaan penjualan Harakah yang merupakan lidah rasmi parti merudum berpunca daripada kegagalan Ketua Pengaranganya, Ahmad Lutfi Othman seperti yang didakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan pihak majikan “adalah tidak benar sama sekali malah kami dijadikan kambing hitam.”

 Sebaliknya Tarnizi mendakwa, punca sebenar masalah ialah ramai anak muda yang menolak PAS serta sikap permusuhan parti dengan PKR dan DAP.

 “Kalau menguruskan Harakah berdasarkan pada Islam tidak ada masalah, kita selamat, tetapi apa yang berlaku sekarang walaupaun berada dalam organisasi Islam kami rasa tidak selamat.

 “Malah ada pemimpin PAS yang ingin berbaik dengan UMNO cuba memburukkan Harakah, ini bukti bahawa mereka busuk hati dan menjadi penyebab jatuhnya jualan Harakah ,” katanya.

 Pada masa sama Tarmizi menjelaskan, apabila berlakukan krisis antara PAS dengan rakan komponan dalam Pakatan Rakyat (PR) yang lain menyebab wartawan Harakah berada dalam tekanan dan dilanda dilemma untuk membuat laporan.

 “Kami dalam editorial berada dalam dilemma untuk menyiarkan berita apa. Sebagai contoh kalau nak siarkan berita Presiden PAS bantah pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), sedangkan kita tidak berpisah dengan PR dan bersama dalam misi memperkukuhkan PR.

 “Apa kita nak lapor dalam Harakah, kalau salah lapor akan bertentangan dengan dasar PR,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak pengurusan Harakah lebih profesional dan membuat setiap keputusan berdasarkan perjuangan Islam seperti yang diperjuangkan parti dengan menjaga kebajikan pekerja, bukannya bertindak sesuka hati.


 Tarmizi juga mendesak Mustafa mengundurkan diri sebagai Pengerusi Harakah agar akhbar tersebut terus maju ke hadapan demi memperkukuhkan PAS serta menguatkan lagi perjuangan PR. ~ sumber
 
 
 

Bantuan Kepada Mangsa Banjir Dirompak ??



Setan celaka! Sebenarnya setan macam ni ada di mana-mana Kat kampung saya tu khabarnya siap pergi jual kat kedai runcit lagi.

Ada juga sampai diusung sehingga lima buah dapur bantuan siap dengan tong gas satu keluarga!

Sedihnya yang malang macam ni pun ada Bantuan mangsa banjir orang asli di Kelantan didakwa ‘dirompak’ OLEH MOHD FARHAN DARWIS.

Published: 31 January 2015

Sukarelawan Dr Betty Teh menjelaskan penggunaan ubat kepada wakil Orang Asli Temiar di Kampung Depak, Awir Awie semasa konvoi bantuan mangsa banjir semalam.

Ketika Putrajaya membelanjakan hampir RM800 juta untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kesulitan mangsa banjir.

Timbul dakwaan barangan keperluan makanan yang sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir tidak diterima mereka seperti yang sepatutnya apabila sebahagian daripada sumbangan berkenaan "dilarikan" mereka yang tidak bertanggungjawab.

Antara insiden berkenaan termasuklah misi bantuan pasca banjir pertubuhan sivil ke perkampungan Orang Asli suku Temiar di kawasan Gua Musang, Kelantan semalam yang dicemari insiden "rompakan" apabila bantuan beras didakwa dilarikan pihak berkenaan.

Menurut jurucakap kumpulan sukarelawan tersebut, Siti Zabedah Kassim, seorang peguam hak asasi manusia daripada Majlis Peguam, lori dengan muatan 3 tan yang digunakan mengangkat barangan keperluan harian bagi diagihkan di sekitar 20 perkampungan orang asli di pedalaman negeri itu lesap bersama muatan mereka. Insiden berkenaan dipercayai berlaku ketika salah sebuah daripada 8 lori yang digunakan untuk mengangkut barangan keperluan harian seperti beras, gula, sardin, biskut, dan banyak lagi, bernilai lebih RM50,000, sumbangan daripada syarikat Allianz Malaysia dan individu persendirian, dari Kuala Lumpur ke Gua Musang tidak tiba seperti yang dijadualkan.

Beliau difahamkan oleh penduduk orang asli di Kampung Parek, 7 lori tiba di Gua Musang sekitar jam 12 tengah malam, dan ketika di kawasan perkampungan yang dijadikan pusat pengumpulan sebelum bekalan diagihkan ke kampung berdekatan kira-kira sejam kemudian, sebuah lori bersama muatan beras tiada di lokasi.

"Mereka memaklumkan saya sebuah lori tiada di Kampung Parek, sedangkan kesemua lori itu tiba di Gua Musang," kata Siti kepada The Malaysian Insider, di Kelantan.

Malah, beliau turut mendakwa, pemandu lori yang menghantar barangan makanan kepada penduduk orang asli tersebut turut mengambil sumbangan yang diberikan orang ramai atas alasan masyarakat orang asli berkenaan "sudah mempunyai banyak stok makanan".

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, penderma semua perlu pastikan barangan yang didermakan mereka sepatutnya tiba ke kawasan mangsa banjir," kata Siti, kepada The Malaysian Insider.

Malah, turut timbul dakwaan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menyimpan stok bantuan kepada mangsa banjir dan tidak mengagihkan bantuan makanan berkenaan kepada penduduk orang asli yang terjejas banjir. Banjir yang melanda negara pada penghujung Disember 2014 adalah antara yang terburuk apabila hampir 200,000 orang dilaporkan menjadi mangsa banjir.

Negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang antara kawasan terburuk terjejas akibat banjir apabila terdapat penduduk yang kehilangan kediaman mereka apabila rumah mereka dihanyutkan air deras.

Tinjauan The Malaysian Insider di lokasi perkampungan orang asli di pedalaman Gua Musang semalam juga mendapati kediaman mereka masih lagi terbiar dengan sebahagian daripada mereka kini mula membina pondok di kawasan bukit apabila kediaman mereka tidak lagi boleh digunakan.

Selain menggunakan khemah dan kanvas, mereka yang terjejas juga turut menggunakan buluh untuk membina pondok kediaman sementara menunggu kediaman mereka boleh diduduki semula.

Sukarelawan misi bantuan banjir juga terpaksa menggunakan kenderaan pacuan roda (4WD) dan helikopter untuk memasuki kawasan kampung terpencil kerana kemudahan jalan perhubungan terjejas akibat banjir.

Terdapat sebahagian kawasan perkampungan penduduk orang asli juga tidak mempunyai pilihan lain selain menantikan bantuan dan sumbangan makanan daripada pihak luar apabila sumber makanan dan tanaman mereka musnah dilanda banjir. –

31 Januari, 2015 Posted by mountdweller

Membujur lalu, Melintang Patah! - 10.2.2015 di Istana Kehakiman Putrajaya.

AKHIRNYA NANTI KITA SEMUA AKAN TAHU KEBENARAN - SIAPA YANG MENGARAHKAN KEDUA POLIS MEMBUNUH ALTANTUYA !!


Petunjuk Baru Kes Pembunuhan Altantuya Terbongkar?

Petunjuk Baru Kes Pembunuhan Altantuya Terbongkar? Peguam Americk Sidhu mempersoalkan mengapa penganalisis politik Abdul Razak Baginda melindungi Datuk Seri Najib Razak berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu 9 tahun lalu apabila perdana menteri tidak pernah terlibat dalam jenayah itu.

Americk Sidhu yang menyediakan akuan bersumpah yang pertama (SD1) untuk penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang diupah Razak pada 2006 berkata, Razak terus-terusan mengatakan dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider baru-baru ini yang Najib tidak bersalah dan diperlakukan dengan tidak adil.

Dalam temu bual yang disiarkan pada Khamis, Razak memberitahu The Malaysian Insider semuanya ialah mainan politik dan tiada kaitan antara Najib dan kematian Altantuya.

Americk berkata, Razak bagaimanapun tidak menerangkan kenapa beliau merasakan Najib perlu dilindungi.
"Tiada siapa yang tuduh Najib terlibat. Bala dalam SD1 beliau tidak mengatakan Najib mempunyai apa-apa kaitan dengan pembunuhan Altantuya," kata Americk dalam satu kenyataan eksklusif kepada The Malaysian Insider.

Mendiang Bala, seorang bekas anggota polis, berkata dalam SD pertama beliau yang Razak mengambilnya bekerja pada Jun 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mendekatinya.

Americk berkata apa yang dinyatakan Bala dalam SD itu ialah Razak memberitahunya mengenai penglibatan Najib dengan Altantuya.

(Bala berkata kedua-dua Razak dan Altantuya memberitahunya, Altantuya pernah menjadi teman wanita Najib. Dakwaan ini terdapat pada perenggan 25 dan 28 dalam SD1.)

Americk berkata Razak masih belum secara khusus menafikan beliau memberitahu Bala perkara ini.

"Bala mengakui sedari awal yang beberapa perkara dalam SD1 beliau merupakan khabar angin. Jadi, apa tujuannya apabila Razak mengatakan SD Bala itu khabar angin?" soal Americk.

Petunjuk Baru Kes Pembunuhan Altantuya Terbongkar?

Katanya, Razak juga mengelak daripada mengatakan mengapa Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Nazim Razak, peniaga karpet Deepak Jaikishin dan ramai individu lain merasakan Bala dan keluarganya perlu meninggalkan negara ini sebaik SD1 itu dikeluarkan.

"Ini tidak benar-benar memberi sebarang kredibiliti kepada penegasan Razak yang Najib ialah mangsa yang tidak bersalah dalam satu kes tipu helah politik," kata Americk.

Bala merupakan saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, tetapi meninggalkan Malaysia dalam tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah kedua (SD) pada 2008, yang kononnya membersihkan Najib daripada terlibat dalam kes itu.



Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac, 2013, beberapa minggu selepas pulang ke negara ini setelah 5 tahun memaksa diri menjadi orang buangan di India.

Americk juga berkata Razak gagal menghargai kesetiaan Bala kepadanya.

Beliau berkata, apabila Bala ditemuramah akhbar di London pada Julai 2010 di Holiday Villas, Bayswater, dia memberitahu pemberita dia merasakan Razak tiada kaitan dengan pembunuhan itu dan dia tidak bersalah.

Americk berkata Bala merasakan Razak naif dalam menyangkakan 2 komando polis itu tidak akan membahayakan Altantuya.

"Adakah semua ini mengarut Encik Razak Baginda?" soal Americk, merujuk kepada wawancara Razak dengan The Malaysian Insider apabila beliau mengatakan SD Bala mengarut.

Americk juga menyebut tentang satu makan malam di sebuah restoran di Brickfields pada 13 Oktober 2006, yang diatur Bala supaya Razak boleh berjumpa seorang yang bernama ASP Suresh yang sepatutnya menguruskan penangkapan Altantuya.

Tetapi Suresh tidak hadir kerana beliau sendiri ditangkap Badan Pencegah Rasuah (namanya ketika itu) pada malam itu juga.

Ketika makan malam itu, Razak secara khusus memberitahu Bala dia mesti pastikan Altantuya tidak disakiti walau apa cara sekali pun, kata Americk.

"Tetapi Razak tidak sedar apa akan terjadi apabila beliau terlibat dengan Musa Safri dan Azilah. Adakah semua ini mengarut?" soalnya lagi, merujuk kepada bekas pegawai khas Najib Timbalan Superintenden Musa Safri dan Ketua Inspektor Azilah Hadri.

Razak ketika wawancara itu tidak membesarkan kes jenayah itu, mengatakan dia tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya, tetapi menyatakan ramai yang mati dalam tahanan polis tanpa sebarang penjelasan.

Beliau dibebaskan daripada bersubahat dalam pembunuhan tahun 2006 itu tetapi dua bekas komando polis, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar, didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan pusingan terakhir bulan ini.

"Hanya 2 anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," penganalisis politik itu memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya mengenai motif pembunuhan itu.

Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia sedang memohon agar dia diekstradisikan.

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Musa kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu. ~malaysian insider

Anak Sulung Awie Dakwa Rozana Misbun Menipu, Dedah Perkara Sebenar

 
Anak sulung penyanyi rock terkenal Awie, Puteri Aleeya Antasha baru-baru ini telah mendakwa ibu tirinya Rozana Misbun membuat kenyataan palsu kepada media.

Aleeya telah memuat naik status di akaun peribadi Facebooknya baru-baru ini dan telah meluahkan rasa kesalnya terhadap ‘penipuan’ dilakukan Rozana.

Status tersebut turut dikongsi Aleeya di akaun Istagramnya dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya.

Menurut Aleeya, kenyataan Rozana (seperti yang dipetik dari sebuah portal hiburan), boleh dianggap mengarut kerana ia adalah pembohongan semata-mata.

Antara yang didakwa Aleeya ialah, selama ini ayah dan ibu saudaranya yang akan memastikan dia dan adik-adiknya tidur mengikut waktu, termasuk memastikan alat-alat atau barang barang persekolahan semuanya lengkap.

Aleeya berkata, dia sanggup menjadi saksi di mahkamah sekiranya perlu kerana ayahnya tidak bersalah seperti yang ‘dicanang’ Rozana.

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung Awie, hasil perkongsian hidup bersama penyanyi dan pelakon Arni Nazira.

Di bawah Astro Gempak kongsikan status yang ditulis Aleeya di FBnya beberapa hari lalu:




 

AZIZ DESA TERLANTAR DIHOSPITAL

Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.



Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, dimasukkan ke hospital berkenaan kali kedua sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini.

Ketika ditemui, Aziz berkata, doktor mengesahkan masalah buah pinggangnya pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses heamodialisis dalam tempoh terdekat.

[VIDEO] Kerajaan Kalah Dalam Saman Terhadap BERS✓H

 


 

Mahkamah tolak saman Putrajaya atas himpunan Bersih 2012

Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman ganti rugi kerajaan persekutuan terhadap kumpulan reformasi pilihan raya Bersih bagi kerosakan harta benda semasa perhimpunan pada April 2012 di Kuala Lumpur, mengatakan Putrajaya tidak dapat membuktikan “balance of probability” (kebarangkalian yang munasabah).
Hakim John Louis O' Hara mengumumkan keputusan itu dalam satu penghakiman lisan hari ini.

Pada Mei 2012, Putrajaya mengambil langkah yang tidak pernah dibuat sebelum ini dengan menyaman pengerusi bersama Bersih ketika itu, Datuk Ambiga Sreenivasan, dan ahli jawatankuasa pemandu kumpulan itu, sebagai penganjur perhimpunan, menuntut ganti rugi sebanyak RM122,000.

"Plaintif (kerajaan) mengatakan, defendan gagal menjalankan tanggungjawab berkanun mereka apabila perhimpunan itu menjadi hilang kawalan dan bertukar menjadi rusuhan, menyebabkan kerosakan kepada kenderaan, kebanyakannya milik polis dan membabitkan kos pembaikan berjumlah RM122,000," menurut tuntutan itu.

Kerajaan memfailkan saman terhadap Ambiga di bawah Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 yang menyatakan penganjur perlu "memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar".

Tetapi pada Jun 2012, Ambiga memfailkan saman balas terhadap Putrajaya, mendakwa kerajaan melanggar hak perlembagaan beliau.

Antara lain, bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, PAA bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Seksyen 6 yang katanya membataskan haknya terhadap kebebasan berhimpun.

O'Hara juga membenarkan tuntutan tangkapan tidak sah, penahanan dan serangan oleh polis terhadap Wong Chin Huat, salah seorang ahli jawatankuasa pemandu, dan mengarahkan beliau dibayar RM21,000 sebagai ganti rugi.

Hakim juga mengarahkan beliau Wong dibayar RM30,000 sebagai kos.


Beliau juga menolak tuntutan Putrajaya untuk satu deklarasi yang sebagai penganjur perhimpunan, Bersih mesti bertanggungjawab terhadap kerosakan harta benda awam, termasuk kenderaan polis.

"Adalah jelas pada pandangan mahkamah ini yang kerosakan berlaku hanya selepas Ambiga membatalkan perhimpunan tersebut.

"Tambahan pula, tiada bukti yang membolehkan mahkamah berpuas hati yang kerosakan yang berlaku adalah disebabkan peserta perhimpunan yang sah atau dilakukan ejen bebas," katanya.

Ambiga kemudian memberitahu pemberita, hakim membuat beberapa komen yang signifikan mengenai tingkahlaku polis.

"Ini keadilan bagi Bersih dan hak rakyat untuk berhimpun, dan ini hari yang sangat positif bagi Malaysia. Saya harap kerajaan tidak memfailkan rayuan," katanya.

"Saya rasa hakim itu sudah menyatakan dengan jelas, apa saja keadaan, kerajaan perlu membuktikan kesnya terhadap individu-individu tertentu itu."

Beliau juga mengulangi kenyataan yang Bersih tidak pernah menyokong keganasan.

Wong berkata pampasan yang diterimanya sangat bermakna kepada semua peserta perhimpunan aman kerana anggota polis menjadikan modus operandi mereka untuk tidak memakai tag nama dan nombor mereka.

"Tetapi saman ini menunjukkan apabila saya dibelasah polis, mereka tidak terlepas daripada bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata keputusan itu juga bermakna polis sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang.

"Mereka mempunyai tanggungjawab, dan dalam kes saya, pegawai polis itu tidak memberitahu saya mengikut undang-undang mengapa saya ditangkap dan ditahan," katanya.

Katanya wang RM21,000 itu akan diberi kepada satu dana kebebasan yang ditubuhkan Naib Pengerusi Bersih Thomas Fann bagi menyokong mana-mana rakyat Malaysia yang menghadapi masalah menjalankan hak perlembagaan mereka.




Akan terus berdemonstasi di jalan – Maria Chin

KUALA LUMPUR: Ekoran penolakan tuntutan saman pihak kerajaan Malaysia terhadap Pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga dan 14 jawatankuasa penganjur, Aktivis Maria Chin Abdullah menyatakan akan terus berhimpun di jalanan.

Baginya, keputusan Mahkmah ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai hak untuk berdemonstrasi di jalanan. “Kami akan teruskan untuk berhimpun di jalanan kerana itu adalah hak kami, dan kami akan terus berjuang bagi memastikan Pilihanraya Umum berjalan dengan bersih,” katanya sewaktu ditemui pemberita di luar mahkamah.

Pada masa sama, Maria turut mengharapkan agar kerajaan tidak mengemukakan rayuan kerana ia akan lebih membazirkan wang, masa dan tenaga rakyat.

“Sudah terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan adalah tidak perlu untuk kerajaan mengambil tindakan ke atas perkara ini.

“Jika kerajaan membenarkan perhimpunan ini dilakukan, pastinya tidak ada kemusnahan harta awam dan pastinya juga kami tidak ada di sini,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga turut menyatakan bahawa Bersih sendiri tidak pernah menyokong keganasan.

“Mereka yang melakukan keganasan harus bertanggungjawab di atas keganasan yang dilakukan,” ujarnya. Selain itu, defenden ketujuh, Dr Wong Chin Huat yang menerim wang ganti rugi bersyukur dengan jumlah ganti rugi sebanyak RM51,000 yang diterimanya.

Beliau sebelum ini telah dipukul oleh pihak polis pada perhimpunan itu, menyatakan wang tersebut akan didermakan.

“Duit ganti rugi itu saya akan dermakan kepada tabung kebebasan,” ujarnya. -FMT


Kelab Greenboc

Tarik balik deklarasi kematian penumpang pesawat -

 

Waris MH370 Tarik balik deklarasi kematian penumpang pesawat - Waris MH370
SUBANG JAYA: Waris penumpang dan anak kapal pesawat malang MH370 mahu deklarasi kesemua 239 penumpang yang diisytiharkan terkorban oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Khamis ditarik balik. 

Ia jelas dinyatakan Grace Subathirai, anak salah seorang penumpang MH370, Anne Daisy yang melihat pengumuman itu tidak sah selagi tidak ada sebarang kesimpulan daripada misi pencarian pesawat malang berkenaan. 

"Seharusnya ditarik balik, mengapa DCA boleh mengumumkan perkara sedemikian pada saat pencarian masih belum selesai? 

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku semalam, kami juga tidak dimaklumkan malah tidak diberitahu apa-apa sebelum keputusan mengadakan sidang media itu," katanya semasa sidang media khas waris MH370 di sini hari ini. 

Pada Khamis, DCA dengan rasminya mengisytiharkan bahawa kehilangan MH370 merupakan satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban. 

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. 

Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 rakyat Malaysia. Sementara itu, situasi sama berlaku di Beijing apabila ahli keluarga penumpang MH370 turut menolak deklarasi yang diumum DCA. 

Jurucakap Voice370 juga mendesak kerajaan Malaysia menarik semula kenyataan berkenaan yang disifatkan tidak boleh diumum tanpa sebarang bukti kukuh.

"Kami sudah memberitahu sebelum ini dan hari ini kami mengulanginya kembali, kami bersedia untuk semua kemungkinan termasuk kehilangan anggota keluarga di dalam MH370. 

"Namun kami tidak mahu pengumuman kematian ahli keluarga yang berada di dalam pesawat MH370 tanpa sebarang bukti yang kukuh," katanya. 

Jurucakap itu turut memberitahu, kuasa mereka dilihat terlalu terbatas berbanding kerajaan, namun berharap suara mereka didengari dan dipertimbang pihak berkuasa. 

"Kami merayu kerajaan Malaysia, China dan Australia agar misi mencari diteruskan. "Kami meminta agensi lain seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) turut membantu dan meyakinkan misi mencari harus diteruskan sehingga pesawat itu ditemui semula," jelasnya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

NAJIB - KINI SEBAGAI LIABILITIES KEPADA NEGARA


 Keadaan dan kemampuan seseorang penulis sama ada di akhbar, atau masa ini di media sosial sentiasa ada orang perhubungan antara seseorang personal dengan rakyat tak kira lah sama ada pemimpin itu dari sesebuah parti mau pun dari badan-badan kesukarelaan NGOs. 

Apa yang terjadi pergesaran masa kini adalah antara laskar upahan. Lahirnya mereka ini apabila PM menyebut ada kalangan penulis blog dari UMNO seperti makan gaji buta atau pun ada kalangan mereka yang betindak seperti makan gaji buta, tikam dari belakang.


Pergesaran dua tentera ( laskar ) ini antara yang mengampu Najib dan ada yang bersedia untuk membetulkan kesilapan yang di lakukan Najib. Bagi A Kadir Jasin ( gambar ), Najib termakan dengan kebodohan laskarnya, mereka tidak lansung memberikan ingatan apa yang di lakukan oleh Najib. 
 
Kadir menggelarkan mereka sebagai " askar hingusan ", askar ini berdepan dengan team Kadir sendiri, Kadir menggelarkan diri mereka sebagai " sekarung garam " 

Selepas Najib sendiri memaklumkan beliau ditipu oleh " kumpulan hingusan ", bagi pengamal media dan pengundi sudah mengetahui kedudukan, mereka juga tahu peranan " laskar Hingusan ini menembak secara melulu dan mereka sedang berdepan dengan c4 yang di lontar sendiri oleh Kadir Jasin.

Bagi Kadir “Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.”
 
Kalau dalam bahasa penjajah “You Squeeze My Juice I’ll Squeeze Yours”.  Oooo....ini suatu kenyataan yang bahaya bagi parti UMNO". 
Pergeseran antara askar Najib dan A. kadir jasin memeperlihat dan mengesahkan Najib kini sedang mengendong " liabilties ", terbaiknya liabilities yang dikendong oleh Najib tidak di ketahui sejauh mana keburukanya jika di bandinkan dengan DSAI, Mustapha Ali atau Abang Mat Sabu.
Apa yang anehnya, tulisan Kadir dapat menyerlahkan " kehitaman " yang kini sedang di kendong oleh Najib. Najib juga tidak " bersih " Hakikatnya beliau semakin hari menyerlahkan " carried forward liabilities " . Kini Najib lebih menakutkan dengan liabilities tambahan masa kini, kerana ianya di bawa dan di dedahkan sendiri oleh orang dalam dan bukan pembangkang.

Selain dari Laskar Siber Hingusan, Najib harus sedar sejak dari mula beliau mengambil alih jawatan PM sehingga hari ini terlalu ramai personaliti yang berpenyakit dikaitkan dengan peribadi beliau dan isteri beliau. 
 
Mereka yang berpenyakit seperti Abdul Razak Baginda (kes pembunuhan Altantuya ) Daniyar Nazarbayev (menantu Najib di Universiti Colombia), Riza Aziz (anak tiri Najib berhubung isu pembelian RM110 juta Penthouse di  New York dan pembiayaan $100juta filem Wolf of Wall Street, ), Deepak Jaikishan (pembekal karpet), Nazifuddin Najib (penguasaan saham Harvest Court Industries Bhd). 
 
Manakala semua ini merupakan isu peribadi beliau dan isteri beliau bukannya isu parti. 
 
Ramai yang berpendapat yang sebenarnya kumpulan siber hingusan Najib ini sedang menjolok sarang tebuan cuma tebuannya saja yang belum keluar.  
 
 

Matinya Mereka Tidak Menyokong UMNO ?

Mereka bertiga pemimpin Umno.Tapi diakhir perjuangan menentang UMNO dan mati bukan dalam Umno.Pelik tapi benar.Mengapa ini terjadi.Kini Umno tidak relevan dijadikan pembela ugama dan Bangsa.Parti ini kian terasing dimamah usia.Sayangilah perjuangan sisihkan diri dari umno....

Mereka bertiga pemimpin Umno.Tapi diakhir perjuangan menentang UMNO dan mati bukan dalam Umno.Pelik tapi benar.

Mengapa ini terjadi.Kini Umno tidak relevan dijadikan pembela ugama dan Bangsa.Parti ini kian terasing dimamah usia.

Sayangilah perjuangan sisihkan diri dari umno....

Azmin diingatkan supaya jangan jadi Khalid Kedua.. - MalaysiaGazette

Seorang kolumnis Kwongwah Yitpoh yang menggunakan nama pena Huyidao meluahkan rasa terkejutnya apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba-tiba mengingatkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya tidak menjadi Khalid kedua (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dalam satu majlis pada 10 Januari.

Menurut kolumnis itu, dalam majlis anjuran DAP Serdang itu, Azmin yang disenaraikan sebagai tetamu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Katanya, Guan Eng dalam ucapannya tiba-tiba mengingatkan supaya sikap Azmin jangan-jangan sekali bertukar seperti Khalid kedua kerana DAP tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kritikan.

"Dalam kata lain, sekiranya Azmin menjadi Khalid kedua, maka DAP tidak akan teragak-agak untuk 'membuka serangan' ke atasnya," tulisnya.

Menurut kolumnis itu, DAP merupakan parti yang mula-mula mengucapkan tahniah apabila Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor tetapi isu pengagihan jawatan dikatakan menyebabkan DAP kini memberi peringatan kepada Azmin.

"Semasa 2013, Abdul Khalid dikhabarkan telah mengubah formula Exco yang dipersetujui kepada DAP (3+1 Speaker) dan Pas (4). DAP amat tidak puas hati pada masa itu.

"Apabila PKR dilanda krisis Menteri Besar, DAP membuka serangan penuh, adakah ini disebabkan kesan pengagihan jawatan sebelum ini?" tanya kolumnis itu.

Ketika era Azmin pula, DAP dikhabarkan pernah meminta supaya parti itu mendapat empat jawatan Exco tetapi malangnya hasrat itu tidak direstui Azmin.

"DAP seterusnya meminta jawatan Timbalan Speaker, tetapi jawatan yang dijanjikan Azmin itu akhirnya diberi kepada Pas."

Kata kolumnis itu lagi, DAP yang gagal mendapat jawatan Exco dan Timbalan Speaker akhirnya memperjuangkan pertambahan jawatan dalam kerajaan tempatan, tetapi sekali lagi tidak kesampaian.

"Ada khabar angin bahawa akar umbi PKR menentang usul DAP, menyebabkan akhirnya Azmin tidak menyerah kuota partinya kepada DAP."

Menurut Huyidao, Azmin sebelum ini merupakan calon Perdana Menteri yang sesuai untuk Pakatan Rakyat kerana beliau menjadi satu-satunya calon yang boleh mendapat sokongan DAP dan pada masa yang sama tidak dibantah Pas.

"Keadaan semasa Azmin bagaimanapun tidak baik. Jika gagal mengagihkan kuasa dengan baik, DAP mungkin akan membuka serangan terhadapnya.

"Jika Pakatan Rakyat berdepan kemelut dalaman, maka Barisan Nasional (BN) akan senyum dalam senyap. Sudah ada orang yang memuji Rafizi Ramli sebagai calon Perdana Menteri yang lebih baik berbanding Azmin." ~ 


MalaysiaGazette

PM arah siasat individu sabotaj ekonomi ??




KUALA LUMPUR 30 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, bukti perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum tindakan sewajarnya diambil terhadap individu terbabit.

“Kita kena peroleh bukti terlebih dahulu seperti apa yang didakwa. Kita berharap badan kerajaan yang relevan akan ambil tindakan sewajarnya,” kata­nya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui urus niaga mata wang negara bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan.

Beliau berkata, sekiranya perlu, kaedah pengawalan short position melalui mekanisme yang ada di negara ini dan turut diamalkan di Australia dalam mengawal urus niaga mata wang perlu dilaksanakan untuk membendung aktiviti berkenaan.

Katanya, kajian juga perlu dilakukan sama ada perbuatan sabo­taj itu boleh didakwa di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010 untuk memastikan pencegahannya lebih berkesan.

- utusan

PM, TPM cari formula terbaik selesai krisis MIC MALAYSIAKINI


  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut MIC.
  
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menarik perhatian bahawa MIC telah menerima saranannya supaya pihak bertelagah menghormati moratorium untuk sementara.
  
"MIC merupakan rakan kita yang penting dalam Barisan Nasional. Kita memerlukan sebuah MIC yang kukuh dan boleh bantu kita dalam semua aspek," katanya kepada pemberita hari ini.
  
Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
  
"Kita tengah tengok formula yang baik-baik," tegas Najib.
  
Perbezaan pendapat timbul dalam MIC berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Disember lalu supaya parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa pusat (CWC).
     
ROS mengarahkan pemilihan semula dilakukan susulan dakwaan wujud penyelewengan dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan dalam pemilihan yang diadakan semasa perhimpunan agung parti itu di Melaka pada November 2013.-Bernama


Kami Semua Mangsa Permainan Politik – Razak Baginda


PETALING JAYA: “Kami semua mangsa permainan politik,” kata bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mengenai insiden pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan isu pembelian kapal selam buatan Perancis.

Beliau menjelaskan, Altantuya tidak mempunyai kaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene seperti yang didakwa dan dipercayai oleh orang ramai, dan menambah, dakwaan adanya wang komisen AS$500,000 adalah tidak benar.

Menurut beliau, Altantuya hanya meminta wang sebanyak AS$5,000 dan RM8,000 dan menyifatkan dakwaan wang komisen AS$500,000 sebagai “sesuatu yang baru”.

Katanya, wanita Mongolia itu bukan penterjemah kerana dia tidak tahu langsung berbahasa Perancis dan “seluruh episod bahawa dia seorang penterjemah adalah lawak.”

“Kami semua jatuh ke dalamnya (permainan politik). Ia adalah naratif sejak mula – pembunuhan, Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak), Razak (Abdul Razak Baginda) dan urusan jual beli kapal selam,” jelasnya dalam temuramah dengan portal berita The Malaysian Insider.

Beliau menambah, “Naratif ini disuapkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan setiap orang seperti sekawan kerbau, mengikut.”

Mengenai dakwaan Altantuya seorang penterjemah, Razak menjelaskan, orang Perancis adalah sofistikated dan boleh berbahasa Inggeris dengan sangat baik.

Sehubungan itu beliau bertanya kenapa tidak ada pihak yang mahu mempersoalkan keperluan untuk mendapat seorang penterjemah bahasa Perancis keturunan Mongolia.

“Fikirkan ini. Jika saya mahukan seorang penterjemah, saya akan dapatkan penterjemah Perancis atau penterjemah British-Perancis. Kenapa perlu saya mahukan seorang Mongolia?

“Adakah dia pernah datang ke Perancis serta tinggal dan belajar bahasa Perancis? Tetapi semua orang percaya dia penterjemah bahasa Perancis dan dia dibayar. Tidak ada orang mempersoalkannya,” ujarnya.

Beliau mengakui kedatangan Altantuya menemuinya dengan tujuan memeras ugut atas perkara yang bersifat peribadi dan hubungan mereka.

Katanya, pada peringkat awal beliau membayar wanita Mongolia itu sejumlah wang tetapi bertindak tidak mahu tunduk pada tekanan peras ugut sehingga menyebabkan Altantuya marah terhadapnya. - FMT