Followers

Monday, December 29, 2014

WOW!!! Menteri: Penangguhan Seminggu Sesi Persekolahan 2015 Tidak Perlu Ganti.. Jom Terjah!!!


DUNGUN - Permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara yang ditangguhkan selama seminggu tidak perlu diganti, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
"Ia tidak perlu diganti kerana ia masih dalam tempoh yang bersesuaian untuk persekolahan, bukannya cuti persekolahan itu ditambah tetapi masalah tertentu kita terpaksa tangguhkan.
"Kita harap ini akan disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah," katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau dan SK Kampung Nyior di sini hari ini.
Turut bersama dalam lawatan beliau ialah Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah serta Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah. - 
 
Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.