Seorang warganegara India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan merogol dan meliwat seorang wanita Indonesia.
Mohamad Aslam Abdul Hameed, 28, yang merupakan seorang pemasang dawai
kemudian mengaku tidak bersalah merogol wanita berusia 41 tahun dan pada
masa yang sama menyebabkan kecederaan kepadanya.
Dia dituduh di bawah Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan.
Mohamad Aslam juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan kedua dan ketiga meliwat wanita itu dengan melakukan seks oral dan melalui dubur.
Untuk kedua-dua pertuduhan itu, Mohamad Aslam dituduh di bawah Seksyen 377C akta yang sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Jalan Bukit Bintang di sini di antara pukul 2 pagi dan 2.05 pagi pada 3 Disember tahun ini.
Malaysiakini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.