Followers

Monday, December 1, 2014

Ustaz Fathul Bahri : "TINDAKAN NAJIB TIDAK MENYALAHI SUNNAH



Berkatalah Si Mamat ini bahawa tindakan Najib mengekalkan Akta Hasutan itu tidak menyalahi Sunnah Nabi Saw. Apa hukum atau apa kaedah dan dari sumber mana yang dia kutip pun aku tak tahu lah.

Adakah dia mentakhrijkan (mengeluarkan) pendapatnya ini berdasarkan Nas Al Quraan atau Hadis Nabi Saw atau Ijmak Ulama' atau Qiyas atau cabang-cabangnya? Jika ada kenapa dia tidak bersandarkan kepada nas-nas di atas?

Setahu aku Akta Hasutan 1948 ini dibuat oleh Penjajah British bagi mengekalkan kekuasaan mereka ke atas pejuang yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Golongan kiri yang berfahaman Komunis dan Islamik merupakan mangsa kepada akta ini.

Akta ini sengaja diteruskan oleh UMNO BN bagi memastikan talian hayat mereka terus kekal berkuasa. Jika akta ini dihapuskan lagi cepat UMNO berkubur tanpa nisan. Akta Hasutan patut ditukar namanya menjadi Akta Hak Setan Yang Dikenali.

Akta ini zalim dari segi perlaksanaannya bila tahanan dikenakan ke atas individu atau pertubuhan tekah bertukar menjadi pelindung penyeleweng dan pembohong sang pemerintah. 
Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak pernah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini. Wujudkah apa yang diungkapkan oleh pemerintah itu?

Jika benar akta ini berfungsi sebagai dikata kenapa UMNO yang seringkali memainkan isu agama dan rasis tidak diambil tindakan? Maknanya kesalahan diukur berdasarkan diskriminasi ism politik.

Sebenarnya janji bohong Najib itu hanya retorik semata-mata dan ianya dibuat sekadar memenangi hati pengundi saja. Sedangkan dari segi perlaksanaan dan mengotakan janji hanya berat sebelah dan penuh dengan helah.

Lupakah kau wahai Ustaz Fathul Bari bahawa Allah Swt telah melarang kita menyokong kezaliman? Apatah lagi menghalalkan kezaliman di atas nama agama sepertimana sedang kau lakukan sekarang.

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." (Surah Hud 11:113)

Rasulullah Saw juga telah berpesan kepada kita semua dengan amaran yang keras.

Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. 
Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). 
(Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)

Konklusinya Fathul Bari ini USTAZ CARI MAKAN dan menukarkan agama dengan wang serta kemewahan dunia yang sementara. 
Dah la kau tu sesat tapi lebih menyedihkan kau juga menyesatkan ramai orang yang kurang faham agama. Benarkah ianya tidak menyalahi Sunnah sedangkan ia mendatangkan punah.
ْ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.