Followers

Wednesday, December 17, 2014

Umno Pulau Pinang Berpecah Kerana Isu 1MDB?. Saksikanlah

Terperangkap dalam keadaan yang janggal apabila timbalan ketuanya membuat laporan polis terhadap dana kekayaan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Umno Bahagian Batu Kawan semalam menjelaskan kedudukan mereka kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ahli jawatankuasa bahagian itu bertemu perdana menteri menyatakan yang mereka tidak terlibat dalam laporan polis Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Jumaat lepas di Kuala Lumpur.

Katanya, bahagian itu cuba menghubungi Najib, yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, selepas Khairuddin membuat laporan polis, yang mendorong siasatan dimulakan terhadap syarikat yang dibebani hutang itu.

Bahagian ini tidak terlibat sama sekali dan ahli jawatankuasanya memberi jaminan kepada perdana menteri yang mereka menyokong cara beliau mengendalikan ekonomi negara dan 1MDB," katanya kepada media tanpa memberi maklumat lanjut tentang pertemuan itu.

Zainal, yang bercakap pada satu program bantuan rumah persekutuan di Kampung Sungai Kechil Bintang di Nibong Tebal berkata, jawatankuasa bahagian itu melakukan carian dalam talian mengenai 1MDB dan mendapati yang laman web lembaga itu mempunyai jawapan kepada isu yang dibangkitkan Khairuddin.

"Mereka berpuas hati dengan maklumat yang mereka dapat. Jawatankuasa itu berkata, mereka akan menulis kepada lembaga itu jika mereka mempunyai pertanyaan mereka sendiri."Ini bagus. (Ia menunjukkan) kerajaan telus dan tiada apa hendak disembunyikan. Sesiapa yang tidak berpuas hati boleh tulis surat dan tanya soalan," katanya.

Zainal berkata, ahli jawatankuasa bahagian Batu Kawan juga akan berbincang dengan Khairuddin mengenai perkara itu. 


~malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.