Followers

Monday, December 1, 2014

Umno lebih fokus isu kaum daripada masalah rakyat, kata DAP OLEH LEE SHI-IAN

Setiausaha Agung Lim Guan Eng semasa ucapannya di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya, Selangor hari ini. –

Isu-isu penting seperti hutang negara yang semakin meningkat, tidak ditimbulkan di Perhimpunan Agung Umno yang baru sahaja selesai semalam kerana pemimpin parti Melayu itu lebih berminat untuk bermain isu kaum, kata DAP hari ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Umno menunjukkan "wajah sebenar" mereka di perhimpunan tersebut apabila mengendahkan isu yang dibimbangkan rakyat Malaysia.

"Bukannya 1Malaysia, tetapi Tipu Malaysia," kata Lim di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Beliau memberitahu delegasi DAP Selangor yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus-menerus memungkiri semua janjinya.

"Daripada memansuhkan Akta Hasutan 1948 seperti yang dijanjikan, beliau bukan sahaja mengatakan akta itu akan dikekalkan, malah dikukuhkan dan diperkasakan.

"Walaupun Najib tidak mengatakan secara spesifik Akta Hasutan akan digunakan untuk menangkap lebih pemimpin pembangkang, kami lebih tahu mengikut pengalaman sendiri," kata Lim.

Beliau merujuk kepada pendakwaan beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa atau disiasat mengikut Akta Hasutan tahun ini atas pelbagai sebab.

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Padang, Serai N Surendran, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli didakwa menggunakan akta tersebut.

Juga didakwa adalah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R S N Rayer dan pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom.

"Umno berupaya menggunakan pelbagai taktik untuk memperkuatkan cengkaman kepada kuasanya. Kita tahu yang Akta Hasutan 1948 merupakan senjata yang digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan," kata Lim.

Beliau berkata, ancaman membakar Bible yang dibuat Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali merupakan insiden yang serius, namun Putrajaya hanya lepas tangan.

"Lihatlah dakwaan tidak berasas tentang pembakaran Al-Quran yang dibuat Ketua Wanita Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mengatakan seorang Cina di Kedah membakar Al-Quran semasa bersembahyang.

"Ucapannya bertujuan menimbulkan ketegangan antara kaum dan iri hati di kalangan Melayu di utara terhadap kaum Cina," kata Lim dan menambah yang Mashitah masih belum meminta maaf.

Oleh itu, Lim berkata, "Bagaimana orang ramai oleh mempercayai Najib atau Umno mahupun Barisan Nasional? Apabila Putrajaya berjanji untuk melawan rasuah, bolehkah mereka dipercayai?" – 30 November, 2014.

/www.themalaysianinsider.com/bahasa

Umno lebih fokus isu kaum daripada masalah rakyat, kata DAP

Setiausaha Agung Lim Guan Eng semasa ucapannya di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 November, 2014. Setiausaha Agung Lim Guan Eng semasa ucapannya di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 November, 2014. Isu-isu penting seperti hutang negara yang semakin meningkat, tidak ditimbulkan di Perhimpunan Agung Umno yang baru sahaja selesai semalam kerana pemimpin parti Melayu itu lebih berminat untuk bermain isu kaum, kata DAP hari ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Umno menunjukkan "wajah sebenar" mereka di perhimpunan tersebut apabila mengendahkan isu yang dibimbangkan rakyat Malaysia.
"Bukannya 1Malaysia, tetapi Tipu Malaysia," kata Lim di Konvensyen DAP Selangor yang berlangsung di Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Beliau memberitahu delegasi DAP Selangor yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus-menerus memungkiri semua janjinya. "Daripada memansuhkan Akta Hasutan 1948 seperti yang dijanjikan, beliau bukan sahaja mengatakan akta itu akan dikekalkan, malah dikukuhkan dan diperkasakan.
"Walaupun Najib tidak mengatakan secara spesifik Akta Hasutan akan digunakan untuk menangkap lebih pemimpin pembangkang, kami lebih tahu mengikut pengalaman sendiri," kata Lim.
Beliau merujuk kepada pendakwaan beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa atau disiasat mengikut Akta Hasutan tahun ini atas pelbagai sebab.
Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Padang, Serai N Surendran, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli didakwa menggunakan akta tersebut.
Juga didakwa adalah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R S N Rayer dan pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom.
"Umno berupaya menggunakan pelbagai taktik untuk memperkuatkan cengkaman kepada kuasanya. Kita tahu yang Akta Hasutan 1948 merupakan senjata yang digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan," kata Lim.
Beliau berkata, ancaman membakar Bible yang dibuat Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali merupakan insiden yang serius, namun Putrajaya hanya lepas tangan.
"Lihatlah dakwaan tidak berasas tentang pembakaran Al-Quran yang dibuat Ketua Wanita Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mengatakan seorang Cina di Kedah membakar Al-Quran semasa bersembahyang.
"Ucapannya bertujuan menimbulkan ketegangan antara kaum dan iri hati di kalangan Melayu di utara terhadap kaum Cina," kata Lim dan menambah yang Mashitah masih belum meminta maaf.
Oleh itu, Lim berkata, "Bagaimana orang ramai oleh mempercayai Najib atau Umno mahupun Barisan Nasional? Apabila Putrajaya berjanji untuk melawan rasuah, bolehkah mereka dipercayai?" – 30 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-lebih-fokus-isu-kaum-daripada-masalah-rakyat-kata-dap#sthash.iHdWamqS.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.