TRP Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO, khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 21 Disember:
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari meluahkan rasa sedihnya, apabila seorang pemimpin terhormat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, merendahkan diri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, bahkan penuh tipu muslihat.
Dia berkata demikian, susulan laporan media yang memetik bekas Perdana Menteri itu sebagai berkata, masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan telah diremehkan sehingga menjadi ‘pengemis’ kepada orang Cina. Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata:
“Sekarang UMNO, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS perlu meminta sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita menjadi pengemis, kita tidak lagi mempunyai kuasa.
” Zairil sebaliknya berpendapat, orang Melayu sebenarnya berada di kemuncak dalam semua aspek. “Daripada segi politik, setiap jawatan penting kerajaan, daripada Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan, 12 daripada 13 Menteri Besar terdiri daripada orang Melayu.
“Dominasi Melayu juga sangat jelas dalam institusi-institusi negara, seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera. “Jika itu tidak mencukupi, Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina.
“Ini bermakna orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Daripada segi ekonomi pula, Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berpendapat, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan itu telah berkembang pesat sejak beberapa dekad lalu.
Katanya, menurut Bank Pembangunan Asia, ekuiti yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), masing-masing berada pada kadar 36 peratus dan 54 peratus.
Ini bermakna sebahagian besar ekonomi Malaysia dikuasai GLC yang secara umumnya dikuasai orang Melayu.
“Dan jika semua di atas tidak mencukupi, kedudukan istimewa Melayu juga termaktub dalam perlembagaan. “Selain itu, bukan sahaja sebarang pindaan perlembagaan yang melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen (yang dalam erti kata lain memerlukan sokongan penuh Melayu), ia juga memerlukan kelulusan Raja-raja Melayu.
“Jaminan ini bermakna, tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang Melayu di negara ini. Siapa sebenarnya yang terancam?” soalnya.
Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO, khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tahun lepas.
“Dengan hanya memenangi 47 peratus undi popular, gabungan parti politik yang diterajui UMNO itu merupakan kerajaan tanpa mandat popular.
“Berikutan prestasi pilihan raya yang mengecewakan, UMNO telah pun melutut dan menjadi pak turut kepada kumpulan nasionalis sayap kanan, seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia).
“Bukti yang paling jelas adalah tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat pusingan U terhadap janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan,” katanya.
Tambahnya, akibat tidak berdaya menangkis tekanan daripada sayap kanan, dan tanpa mempunyai agenda ekonomi jelas dalam menghadapi masalah nilai ringgit yang semakin lemah, harga komoditi merosot serta prospek inflasi dan penggunaan domestik yang bakal mengecut, berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.
Jadi, tidak menghairankan UMNO dan Dr Mahathir terpaksa menjaja ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan yang merosot, katanya.
Posted by mountdweller
Sunday, December 21,
2014
“Tun M pengemis terdesak, bukan Melayu”
Dec 21, 2014 01:13pm - TRP
Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO,
khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13,
tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 21 Disember: Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP,
Zairil Khir Johari meluahkan rasa sedihnya, apabila seorang pemimpin
terhormat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, merendahkan diri sehingga
menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, bahkan penuh tipu
muslihat.
Dia berkata demikian, susulan laporan media yang memetik bekas Perdana
Menteri itu sebagai berkata, masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan
telah diremehkan sehingga menjadi ‘pengemis’ kepada orang Cina.
Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata: “Sekarang UMNO, PKR (Parti
Keadilan Rakyat) dan PAS perlu meminta sokongan daripada DAP untuk
memenangi pilihan raya umum. Apabila kita menjadi pengemis, kita tidak
lagi mempunyai kuasa.”
Zairil sebaliknya berpendapat, orang Melayu sebenarnya berada di
kemuncak dalam semua aspek.
“Daripada segi politik, setiap jawatan penting kerajaan, daripada
Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan, 12 daripada 13 Menteri Besar
terdiri daripada orang Melayu.
“Dominasi Melayu juga sangat jelas dalam institusi-institusi negara,
seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera.
“Jika itu tidak mencukupi, Melayu juga membentuk majoriti penduduk
Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali
lebih daripada orang Cina.
“Ini bermakna orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi
populasi penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Daripada segi ekonomi pula, Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berpendapat,
meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi
Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan itu telah berkembang pesat
sejak beberapa dekad lalu.
Katanya, menurut Bank Pembangunan Asia, ekuiti yang dimiliki syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan
penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), masing-masing
berada pada kadar 36 peratus dan 54 peratus.
Ini bermakna sebahagian besar ekonomi Malaysia dikuasai GLC yang secara
umumnya dikuasai orang Melayu.
“Dan jika semua di atas tidak mencukupi, kedudukan istimewa Melayu juga
termaktub dalam perlembagaan.
“Selain itu, bukan sahaja sebarang pindaan perlembagaan yang melibatkan
kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen (yang dalam
erti kata lain memerlukan sokongan penuh Melayu), ia juga memerlukan
kelulusan Raja-raja Melayu.
“Jaminan ini bermakna, tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang
Melayu di negara ini. Siapa sebenarnya yang terancam?” soalnya.
Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO,
khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13,
tahun lepas.
“Dengan hanya memenangi 47 peratus undi popular, gabungan parti politik
yang diterajui UMNO itu merupakan kerajaan tanpa mandat popular.
“Berikutan prestasi pilihan raya yang mengecewakan, UMNO telah pun
melutut dan menjadi pak turut kepada kumpulan nasionalis sayap kanan,
seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan ISMA (Ikatan
Muslimin Malaysia).
“Bukti yang paling jelas adalah tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak yang membuat pusingan U terhadap janjinya untuk memansuhkan
Akta Hasutan,” katanya.
Tambahnya, akibat tidak berdaya menangkis tekanan daripada sayap kanan,
dan tanpa mempunyai agenda ekonomi jelas dalam menghadapi masalah nilai
ringgit yang semakin lemah, harga komoditi merosot serta prospek inflasi
dan penggunaan domestik yang bakal mengecut, berikutan pelaksanaan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.
Jadi, tidak menghairankan UMNO dan Dr Mahathir terpaksa menjaja
ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan yang
merosot, katanya.
Posted by mountdweller
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.