Followers

Friday, December 19, 2014

Tony Pua : Sekat audit 1MDB bukti Ahmad Maslan bohong - FMT Reporters

Sekiranya PAC tidak dibenarkan mengaudit, maka jelas Ahmad Maslan telah berbohong untuk menyembunyikan perkara sebenar di sebalik skandal RM42 bilion 1MDB. 

tony pua 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan membenarkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) mengaudit 1MDB jika benar syarikat itu tidak mempunyai sebarang masalah.

Lapor Roketkini, menurut beliau, jaminan Ahmad Maslan bahawa 1MDB tidak menghadapi masalah kewangan seharusnya memberi keyakinan kepadanya untuk memberikan keterangan kepada PAC.

“Jika ini tidak dilakukan, maka jelas Ahmad Maslan telah berbohong demi menyembunyikan perkara sebenar di sebalik skandal RM42 bilion 1MDB.

“Reputasi beliau sebelum ini sememangnya sudah tercalar selepas terpaksa memohon maaf dan menarik balik jawapan di Parlimen apabila menafikan kewujudan ‘surat sokongan’ yang dikeluarkan kerajaan untuk mendapatkan pinjaman AS3 bilion (RM10 bilion) kepada 1MDB,” katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya jawapan yang diberi Ahmad Maslan paling menyakinkan sebagai seorang Timbalan Menteri Kewangan ia jelas menunjukkan tindakan tersebut merupakan yang perkara paling teruk demi mempertahankan 1MDB.

Semalam Ahmad Maslan menyarankan supaya pengurusan tertinggi 1MDB berdepan dengan rakyat dan menjelaskan keadaan berhubung status kewangan syarikat itu.

Katanya 1MDB perlu menerangkan dengan terperinci dinamik operasi syarikat dan kewangannya kepada umum kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.

Ketua Penerangan UMNO itu juga menyatakan beliau yakin 1MDB mempunyai aset yang bagus dan tidak mempunyai sebarang masalah skandal kewangan.

Menyelar kenyataan Ahmad Maslan, Tony Pua menegaskan keuntungan yang diperoleh 1MDB dari 2010 hingga 2013 hanya menerusi penilaian semula aset dan hartanah, bukannya melalui operasi syarikat itu.

“1MDB mengutip ‘keuntungan’ sebanyak RM424 juta hasil penilaian semula saham yang tidak tersenarai dalam pelaburan usaha sama sebanyak RM600 juta.

“Jika bukan kerana penilaian semula aset dan hartanah, 1MDB akan mengalami kerugian berturut-turut dari 2010 hingga 2013 iaitu sebanyak RM236 juta, RM273 juta, RM526 juta dan RM1.9 bilion,” ujarnya.

Jelasnya, pada tahun 2104 1MDB telah mencatatkan kerugian sebanyak RM655 juta. Dengan tercatatnya jumlah tersebut mejadikan jumlah keseluruhan kerugian yang dialami 1MBD adalah sebanyak RM4.56 bilion dalam tempoh lima tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.