Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakannya hanya berkecil hati apabila warga Malaysia dipinggirkan dalam isu Malaysia Airlines (MAS) tetapi tidak sensitif apabila undang-undang Allah diketepikan.
Sambil menyokong kenyataan bekas perdana
menteri itu yang pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) MAS Newco itu satu penghinaan terhadap rakyat Malaysia,
Nik Aziz pula mendakwa sepanjang pentadbiran Dr Mahathir, beliau juga
meminggirkan undang-undang Islam.
Katanya, Dr Mahathir terlambat menyedari yang sememangnya Malaysia menganggungkan Barat selama ini.
"Tun M baru sedarkah yang kita
berkiblatkan Barat sekian lama dalam urusan bernegara?" soal Nik Aziz
kepada Mahathir di laman Facebooknya hari ini.
"Jika kita boleh kecil hati kerana warga
kita diketepikan dan warga Barat diagungkan, tidak berhakkah Allah juga
'kecil hati' apabila undang-undangNya diketepikan dan undang-undang
ciptaan manusia didaulatkan?
"Sayangnya, berpuluh-puluh tahun Tun M
menjadi PM pun tidak diambil kesempatan untuk mendaulatkan undang-undang
Allah," kata bekas menteri besar Kelantan itu.
Sabtu lepas, Dr Mahathir pertama kali
mengulas mengenai pelantikan Mueller yang diumumkan Jumaat, mengatakan
Putrajaya terpaksa mengambil CEO Aer Lingus itu kerana "rakyat Malaysia
bodoh", tidak pandai mengurus syarikat penerbangan hingga MAS mengalami
kerugian.
Mengulas lanjut pelantikan Mueller
berkuat kuasa 1 Januari 2015 itu, Dr Mahathir kemudiannya menyuarakan
kebimbangannya terhadap sikap tidak percaya kepada kepakaran rakyat
tempatan dalam pelantikan jawatan penting.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata
Malaysia mempunyai banyak bakat berkebolehan yang boleh digilap, sambil
menambah, kemakmuran negara yang dikecapi selepas kemerdekaan merupakan
hasil kepimpinan rakyat tempatan sendiri.
Pelantikan Mueller, yang menerajui
syarikat penerbangan nasional Ireland itu sejak 2009 dan mempunyai
pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan
pelancongan, mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak termasuk
pemimpin Umno sendiri.-TMI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.