Followers

Monday, December 1, 2014

Terserah kepada Kelantan bila mahu bentang hudud di Parlimen, kata menteri

 Terserah kepada Kelantan bila mahu bentang hudud di Parlimen, kata menteri

Published: 30 November 2014

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 November, 2014. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 November, 2014. Kerajaan persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.

"Kita (kerajaan pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs peringkat kebangsaan kali pertama 1436/2014M di Balai Islam di Kota Baru, hari ini.

Turut hadir ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.

Amar berkata Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.

Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen. – Bernama, 30 November, 2014. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. –  

Kerajaan persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.

"Kita (kerajaan pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs peringkat kebangsaan kali pertama 1436/2014M di Balai Islam di Kota Baru, hari ini.

Turut hadir ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.

Amar berkata Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.

Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen. – 

Bernama, 30 November, 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.