Followers

Monday, December 15, 2014

Tak Perlu Terima Kasih, Bawa Balik Bangkai Pesawat MH17 – Dr Mahathir


Dr Mahathir Isu Pondan Kuala Lumpur – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mempersoalkan keputusan tidak melibatkan Malaysia dalam siasatan tragedi MH17.
 
“Pesawat itu milik Malaysia, begitu juga juruterbang, kru serta beberapa penumpang adalah rakyat Malaysia. 

Tapi Malaysia dengan berat hati dibenarkan turut serta dalam siasatan bangkai pesawat yang ditemui. Malah bangkai pesawat itupun tidak dibawa pulang ke Malaysia.

“Memang betul, jumlah terbesar penumpang adalah rakyat Belanda tetapi, di bawah undang-undang apakah pesawat itu milik Belanda?” soalnya dalam entri terbaru dalam blog chedet.cc

Beliau turut menyebut kotak hitam pesawat yang diserahkan kepada pihak berkuasa Belanda dan Britain, sedangkan kotak itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

“Apa yang saya tahu, kotak hitam mengandungi rakaman pita atau elektronik perbualan dan bunyi beberapa minit sebelum nahas. Apakah kita tidak mampu untuk mendengar rakaman berkenaan? Apakah cuma Belanda dan Britain saja yang mampu?”

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak perlu rasa berterima kasih kerana adalah hak Malaysia untuk membawa balik bangkai pesawat ke tanah air dan diperiksa di bawah pemerhatian rakyat Malaysia.

“Lagipun Malaysia yang disaman oleh keluarga mangsa,” katanya dan menambah persoalan turut timbul apa yang menyebabkan tragedi itu berlaku.

Beliau menyoal sama ada perkara yang disembunyikan di sebalik tragedi berkenaan.

“Mari kita cuba tembak peluru berpandu ke arah pesawat di udara. Benarkah peluru berpandu yang ditembak dari atas tanah tidak akan meninggalkan jejak asap? 

Saya memerhatikan peperangan di Syria menentang militan IS, dan setiap kali peluru berpandu dilepaskan, pasti ada asap tebal, api dan bunyi bising.

“Tetapi nampaknya tidak ada sesiapa yang nampak peluru berpandu dilepaskan atau jejak asap. Mungkin ini peluru berpandu senyap tanpa asap Russia,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir turut mempersoalkan bagaimana Amerika Syarikat begitu cepat mengetahui bahawa peluru berpandu Rusia digunakan dalam tragedi ini.

“Saya masih ingat lagi apabila kapal perang Amerika Syarikat melepaskan peluru berpandu ke atas pesawat komersial Iran. Apakah mereka tersalah tembak atau langsung tidak mengendahkan nyawa mereka yang bukan rakyat Amerika Syarikat?

“Kini, kalau dirumuskan peluru berpandu Russia digunakan untuk menembak jatuh MH17, Amerika Syarikat telah melakukan sekatan ekonomi terhadap Russia.

“Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) nampaknya bersungguh-sungguh untuk berperang dengan Russia. Pembunuhan kerabat diraja menyebabkan Perang Dunia Pertama, perkara kecil begini sudah cukup untuk melancarkan pembunuhan beramai-ramai,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir turut menyentuh mengenai penerbangan MH370, yang masih belum ditemui walaupun sudah sembilan bulan berlalu.

“Di mana MH370? Apakah ia telah hancur lumat seperti pesawat yang menghentam bangunan Pentagon dan di Pennsylvania? Langsung tiada bangkai?” soalnya.


Suara TV

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.