Followers

Tuesday, December 16, 2014

September 16 Bukan Khayalan Saudara Anwar Ibrahim !!

MP BN: Lawatan ke Taiwan untuk elak lompat parti

 

Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat. 

Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Ronald Kiandee berkata lawatan itu bertujuan untuk menghentikan dalang 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendatangi mereka. 

Peguam Ranjit Singh bertanya sama ada lawatan itu dibuat bagi mengelak Anwar.

"Ya," balas Kiandee, yang turut menyertai lawatan itu bersama sembilan rakannya dari Sabah. 

"Adakah lawatan itu dibuat untuk mengelak 16 September daripada berlaku?" tanya peguam itu lagi. 

"Ya," kata Kiandee lagi sambil menambah lawatan itu dianjurkan oleh kelab penyokong kerajaan BN.
Ranjit mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang itu terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.



Malaysiakini.
  


 
Mana dia mulut2 SUNDAL yang mengatakan September 16 hanya khayalan Saudara Anwar Ibrahim 
 
Mana Mana ??? Mari sini nak ku cabai mulut tu..... sudah beberapa tahun baru nak mengaku - sengaja melarikan 40 Ahli Ahli Parlimen BN ke Taiwan bagi mengelak mereka melompat - jika tidak....BN sudah mampos sekarang ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.