Followers

Monday, December 15, 2014

Sekali lagi bumi Pahang dikunjungi oleh tokoh reformasi, Sdr Anwar Ibrahim.

"SAYA TIDAK MINTA ANUGERAH, JIKA DIBERI SAYA MENJUNJUNG KASIH - KATA ANWAR DI KUANTAN.


Mengapa aku sebut 'Saudara"?

Bukan disebabkan pingatnya ditarik balik oleh istana Selangor, bahkan beliau ada lapan lagi pingat yang langsung tidak menjejaskan gelaran Dato' Seri.

Aku sebut 'Saudara' sebab bagi aku Anwar terkenal dan hebat bukan kerana sebarang anugerah.



Sejak dulu insan bernama Anwar ini memang terkenal. Gelaran "Pak Syeikh" dan gelaran "Brother" selain gelaran "Saudara" memang sinonim dengan tokog reformasi ini.

Sehubungan itu, aku cuba biasakan diri untuk menyebut nama Anwar sebagai Saudara Anwar. Di Pahang, sebelum beliau berkunjung di Beserah, Kuantan malam tadi, beliau telah pun berkunjung di Maran. 



Ertikata lain, Sdr Anwar tidak memilih untuk kerap berkunjung di negeri-negeri yang kita telah kuasai saja. Samada ramai orang hadir atau tidak di negeri bawah rejim Bn ini, Sdr Anwar tetap hadir kerana dia yakin rakyat kini perlukan maklumat sebenar darihal isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat di negara ini.

Malam tadi, selain dari membicarakan tentang isu rasuah, hak bersuara buat Mahasiswa, isu kepentingan Islam dan kedaulatan Raja, paling aku tertarik apabila Sdr Anwar dengan tegas menyatakan bahawa rakyat di negara ini tiada pilihan lain kecuali untuk terus komited bersama PR. 



Beliau juga sebut, kekuatan PR adalah terletak di antara tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP. Tiada parti boleh menewaskan Umno/Bn jika bersendirian, maka Sdr Anwar tetap yakin PR akan terus bersatu menentang rejim sekarang.

Sdr Anwar juga lantang menyebut, beliau akan terus mendokong perjuangan rakyat menegakkan keadilan dan menentang kezaliman biarpun habis luruh segala pingat dan gelaran yang ada padanya.

"Mati nanti, saya tetap bernama Anwar, tanpa gelaran hebat itu". Itu ucapan Sdr Anwar yang disambut dengan tepukan orang ramai yang hadir. "Saya tidak pernah minta anugerah, tetapi jika diberi saya menjunjung kasih dan jika ditarik pun saya tetap menjunjung kasih".

"Saya sudah tidak fikirkan apa yang akan terjadi kepada saya samada terus dipenjarakan atau tidak, kerana saya yakin rakyat yang bangkit dan berjuang bukan kerana susuk tubuh saya tetapi mereka bangkit untuk menentukan hala tuju masa hadapan anak-anak dan cucu mereka".

 

Dicatat oleh WFAUZDIN NS 
Get your own Poll! Ahad, 14 Disember 2014 "SAYA TIDAK MINTA ANUGERAH, JIKA DIBERI SAYA MENJUNJUNG KASIH - KATA ANWAR DI KUANTAN MALAM TADI MALAM tadi sekali lagi bumi Pahang dikunjungi oleh tokoh reformasi, Sdr Anwar Ibrahim. Mengapa aku sebut 'Saudara"? Bukan disebabkan pingatnya ditarik balik oleh istana Selangor, bahkan beliau ada lapan lagi pingat yang langsung tidak menjejaskan gelaran Dato' Seri. Aku sebut 'Saudara' sebab bagi aku Anwar terkenal dan hebat bukan kerana sebarang anugerah. Sejak dulu insan bernama Anwar ini memang terkenal. Gelaran "Pak Syeikh" dan gelaran "Brother" selain gelaran "Saudara" memang sinonim dengan tokog reformasi ini. Sehubungan itu, aku cuba biasakan diri untuk menyebut nama Anwar sebagai Saudara Anwar. Di Pahang, sebelum beliau berkunjung di Beserah, Kuantan malam tadi, beliau telah pun berkunjung di Maran. Ertikata lain, Sdr Anwar tidak memilih untuk kerap berkunjung di negeri-negeri yang kita telah kuasai saja. Samada ramai orang hadir atau tidak di negeri bawah rejim Bn ini, Sdr Anwar tetap hadir kerana dia yakin rakyat kini perlukan maklumat sebenar darihal isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat di negara ini. Malam tadi, selain dari membicarakan tentang isu rasuah, hak bersuara buat Mahasiswa, isu kepentingan Islam dan kedaulatan Raja, paling aku tertarik apabila Sdr Anwar dengan tegas menyatakan bahawa rakyat di negara ini tiada pilihan lain kecuali untuk terus komited bersama PR. Beliau juga sebut, kekuatan PR adalah terletak di antara tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP. Tiada parti boleh menewaskan Umno/Bn jika bersendirian, maka Sdr Anwar tetap yakin PR akan terus bersatu menentang rejim sekarang. Sdr Anwar juga lantang menyebut, beliau akan terus mendokong perjuangan rakyat menegakkan keadilan dan menentang kezaliman biarpun habis luruh segala pingat dan gelaran yang ada padanya. "Mati nanti, saya tetap bernama Anwar, tanpa gelaran hebat itu". Itu ucapan Sdr Anwar yang disambut dengan tepukan orang ramai yang hadir. "Saya tidak pernah minta anugerah, tetapi jika diberi saya menjunjung kasih dan jika ditarik pun saya tetap menjunjung kasih". "Saya sudah tidak fikirkan apa yang akan terjadi kepada saya samada terus dipenjarakan atau tidak, kerana saya yakin rakyat yang bangkit dan berjuang bukan kerana susuk tubuh saya tetapi mereka bangkit untuk menentukan hala tuju masa hadapan anak-anak dan cucu mereka". Dicatat oleh WFAUZDIN NS Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.