Followers

Friday, December 5, 2014

“SAUDARA ANWAR IBRAHIM” - LEBIH SESUAI



Sebenarnya rakan-rakan seperjuangan lebih gemar memanggilnya dengan panggilan ‘Saudara’ atau ‘Brother’ atau ‘Sheikh’.

Cuma setelah beliau dianugerahkan gelaran oleh Baginda Sultan maka rakan-rakan seolah-olah terpaksa mengubah panggilan terhadap Saudara Anwar. Dan sikap ini didorong oleh sikap untuk menghormati Sultan yang menganugerahkan bintang-bintang berkenaan kepada beliau.

Itu pun untuk panggilan secara rasmi. Dalam perbualan dan keadaan biasa, rakan-rakan masih mengekalkan panggilan ‘Saudara’ kepada beliau. Dan nampak jelas kelihatan beliau begitu riang dan mesra dengan panggilan sedemikian.

Dan tentulah tidak berasas dan mungkin juga dianggap ‘biadap’ sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Pemuda parti Gerakan Tan Keng Liang yang mencadangkan gelaran Dato Seri Anwar Ibrahim ditukarkan kepada ‘Datin Seri Anwar Ibrahim’ apabila beliau dipetik sebagai berkata,"If not mistaken, his wife Dr Wan Azizah (Wan Ismail) also has a 'datuk seri'...

So you can still call him DSAI ... datin seri Anwar Ibrahim ....relax ya," Malaysiakini 4 Disember 2014.

Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin (kononnya!) parti Gerakan itu menunjukkan dengan jelas kejahilan beliau dalam menghadapi suasana yang sepatutnya.

Walaupun Saudara Anwar tidak begitu terkesan dengan perlucutan gelaran demikian ( mungkin) namun ia tetap merupakan satu keadaan ‘malang’ yang menimpa.

Dengan demikian seharusnya ditunjukkan perasaan simpati terhadap keadaan sedemikian, tidak kiralah dari siapa pun dan bukannya mempersendakan peribadi seseorang itu.

Dari sudut perasaan orang Melayu dan juga rakyat Malaysia yang beradab, maka tindakan pemimpin Gerakan itu sudah dianggap tindakan yang biadab.

Dan semacam tidak layak bagi beliau untuk menerajui kepimpinann pemuda parti Gerakan sekiranya beliau masih tidak memahami dengan mendalam adat dan budaya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

Sepatutnya pemimpin Pemuda Gerakan ini merasa malu dan ‘sedar diri’ apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana gelaran ‘Datuk Sri’ itu diterima oleh Saudara Anwar bukan sahaja dari Sultan Selangor malah dari negeri-negeri lain juga.

Seingat aku Baginda Sultan Pahang yang mula-mula seklali menganugerahkan gelaran demikian kepada beliau ia itu pada tahun 1990, ketika beliau menjadi Menteri Pebdidikan Malaysia.

Lagi pun segala gelaran-gelaran yang diterima oleh Saudara Anwar adalah berasaskan kepada jasa dan sumbangannya yang bukan kecil kepada Negara dan dunia antarabangsa.

Salah satu pencapaiannya yang bukan kepalang ialah apabila beliau dipilih sebagai Presiden United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organisation (Unesco) general conference pada awal tahun 1990an mengalahkan calon dari Australia ia itu bekas Timbalan Perdana Menteri Australia.

Tentulah ibrarat seperti ‘ malam dengan siang’ jika dibandingkan sumbangan dan jasa setengah penerima anugerah demikian dengan jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Saudara Anwar Ibrahim.

Ada saat dan ketikanya rakyat seolah-olah ‘terpinga-pinga’ mempersoalkan kewajaran seseorang penerima menerima anugerah memandangkan kriteria yang digunakan untuk memperolehi sesuatu gelaran.

Dan disebabkan terlalu banyak yang bergelaran ‘Datuk’ dan “Datuk Sri’ maka adalah lebih ‘selamat’ kita memanggil seseorang di Malaysia dengan panggilan ‘Datuk Sri’ atau ‘Datuk’ kerana ada masa dan ketikanya seseorang yang betul-betul bergelar ‘Datuk’ begitu marah kerana tidak memanggil dengan panggilan sedemikian.

Amalan pemberian anugerah ini sememangnya telah mula diamalkan oleh Sultan-Sultan Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi ia itu diberikan kepada seseorang yang berjasa kepada Sultan dan negeri Melaka.

Pemberian anugerah ‘Tun’ kepada Hang Tuah misalnya adalah disebabkan sumbangan beliau yang begitu besar kepada negeri Melaka pada ketika itu.

Di Negara Barat seperti di England,

“Knighthoods are awarded for great achievement.

They tend to be awarded to the most eminent actors, captains of industry, or for some extreme sporting achievement - Sir Steve Redgrave got his after winning gold medals for rowing in 4 different Olympic Games. Sir Patrick Stewart has it - Captain Picard from Star Trek - because he's been a well-respected Shakespearean actor for many years”

Cuma aku tidak tahu pula samada pernah berlaku atau tidak pihak istana ( di England) menarik semula pemberian anugerah yang telah diberikan sepertimana yang berlaku kepada Saudara Anwar Ibrahim dan kepada penerima lain yang pernah mengalami keadaan yang sama di negeri-negeri lain di Malaysia.

Apakah keadaan ‘ buruk siku’ ini hanya berlaku di Malaysia sahaja? Aku belum melakukan kajian terperinci dalam hal ini.

Walaubagaimanapun aku semacam bersetuju dengan kenyataan Saudara Zaid ibrahim bekas Menteri dalam Kabinet Malaysia yang menyatakan,“It’s not proper for Malay rulers to revoke or withdraw titles once conferred. Anwar Ibrahim is a leader. It’s his job to question…

If political, religious and hereditary leaders are beyond question, then Malays will forever remain weak and poor….” Malaysiakini 4 Disember 2014 Abuhassanadam


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.