Putrajaya tidak berhak menarik semula pasport rakyat Malaysia,
kata peguam, dan menambah tindakan sedemikian bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan.Mereka berpendapat, keputusan Mahkamah Tinggi
pada 2009 berkenaan "kebebasan peribadi" di bawah Artikel 5 merangkumi
hak warganegara Malaysia ke luar negara dengan pasport yang sah.
Kenyataan itu dikeluarkan sejurus Jabatan Imigresen
semalam mengumumkan menarik balik pasport Malaysia milik blogger seks
Alvin Tan dan aktivis Ali Abd Jalil yang mencari suaka politik di luar
negara.
Peguam berkata, jabatan berkenaan seharusnya membatalkan tindakan
berkenaan untuk menunjukkan rasa hormat terhadap keputusan
mahkamah.Sebaliknya, para peguam berkenaan turut mencadangkan agensi
penguatkuasa menghentikan para penjenayah termasuk mereka yang sedang
menghadapi pendakwaan daripada melarikan diri ke luar negara.
Peguam R. Kengadharan berkata, mana-mana undang-undang yang diluluskan
Parlimen, termasuk Akta Pasport, akan terbatal sekiranya bercanggah
dengan Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara
ini."Jabatan itu melangkaui batasannya dan bertindak bertentangan dengan
keadilan," katanya.
Kengadharan berkata, dua individu yang terbabit boleh memohon kepada
mahkamah dan menuntut jabatan itu mematuhi undang-undang yang ditafsir
mahkamah.Mereka berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim yang berkata, tindakan Alvin dan Ali ini sudah tidak boleh "ditoleransi" lagi.
"Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina
sistem kehakiman dan raja-raja Melayu," kata Mustafa, dan menambah,
notis akan dihantar menerusi surat berdaftar ke alamat terakhir mereka
di Malaysia untuk memaklumkan mereka mengenai tindakan itu.
“Selain menghantar notis, kita juga akan meletakkan pengumuman dalam
akhbar tempatan mengenai keputusan jabatan ini.“Kedua-dua individu itu
juga disenaraihitamkan dalam pangkalan data kami, maka mereka perlu ada
keizinan khas untuk kembali ke tanah air,” katanya.
Peguam S. N. Nair berkata, tiada peruntukan dalam Akta Pasport yang
membolehkan Mustafa membatalkan pasport yang diperolehi rakyat Malaysia
secara sah."Ketua pengarah kelihatan melangkaui bidang kuasanya,"
katanya.
Nair berkata, pendakwaraya boleh memohon menggantung pasport mereka dan
menghalang mereka untuk ke luar negara secara sah."Kedua-dua mereka
boleh disekat daripada ke luar negara namun hak mereka untuk memiliki
pasport sekarang dilanggar kerana mengeluarkan kenyataan terhadap pihak
berkuasa," katanya.
Nair berkata, kerajaan boleh memohon bantuan ekstradisi daripada negara
di mana mereka berada dan mendakwa mereka di Malaysia.Datuk Ambiga
Sreenevasan turut mempersoalkan akta yang digunakan Mustafa dalam
tindakan beliau.
Beliau berkata, jabatan itu melanggar Artikel 9 Perlembagaan Persekutuan
kerana menghalang warganegara berikutan rampasan dokumen perjalanan
ketika mereka berada di luar negara."Mereka kini tidak boleh kembali ke
Malaysia tanpa dokumen khas," katanya.
Ambiga berkata, kedua-dua mereka juga tidak boleh memasuki negara ketiga
tanpa pasport.Peguam berkata, adalah salah dan berlaku penyalahgunaan
kuasa kerana suara mereka tidak didengar."Tiada kerajaan yang
bertanggungjawab berkelakuan sedemian terhadap rakyatnya," katanya.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, kanaberkata,
tindakan terhadap dua individu itu keterlaluan.Beliau berkata, kerajaan
juga terlalu memikirkan perkara remeh dengan mengambil tindakan terhadap
dua individu berkenaan kerana mengkritik dan menghina institusi dan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Menarik balik pasport ini tidak munasabah kerana ia tidak selari
dengan kesalahan yang dilakukan mereka," katanya.Alvin dan Ali juga,
katanya, kini menjadi individu tanpa sebarang dokumen di luar negara
berikutan penarikan semula pasport mereka.
Peguam Annou Xavier berkata, alasan Putrajaya
boleh diterima untuk mengambil tindakan terhadap mereka kerana menghina
raja Melayu, namun tindakan itu tidak betul jika mahu mempertahankan
sistem kehakiman.
"Mahkamah mempunyai toleransi yang tinggi dan tidak memerlukan kuasa
eksekutif dan penjawat awam untuk melindungi mereka," katanya.Peguam
Negara boleh mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap mereka yang
tidak menghormati mahkamah.
Alvin semalam mencabar Zahid menarik balik pasport miliknya."Jangan
hanya ancam. Buat saja. Jangan jadi pengecut,” tulisnya di laman
Facebook sebagai respon terhadap kenyataan Zahid pertimbang langkah itu
kerana Alvin mengkritik keputusan Sultan Selangor menarik balik gelaran
yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zahid berkata Jabatan Imigresen ada kuasa membatalkan pasport Alvin
kerana dokumen itu bukan hak peribadi.Ali Abd Jalil dan Alvin Tan, kini
di luar negara memohon suaka politik.
Alvin
kini berada di Los Angeles, California sementara Ali di Sweden, di mana
kedua-duanya mencari suaka politik sejak Oktober.Ali berdepan 3 tuduhan
hasutan kerana didakwa menghina kesultanan Johor dan Sultan Selangor
dalam kiriman Facebook.
Ali
kali pertama ditahan pada 8 September dan berada di bawah tahanan polis
di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.Pada 23 September, dia dibebaskan
selepas membayar ikat jamin RM8,000 di kompleks mahkamah Shah Alam.
Kebebasannya hanya sementara apabila dia ditahan semula dan dibawa ke
Johor, kerana laporan polis lain dibuat terhadapnya.Susulan itu, Amnesty
International menggelarnya banduan teraniaya (prisoner of conscience),
dan berkata tindakan itu bagi memastikan dia tidak terus dihukum atau
menghadapi pendakwaan terpilih.
malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.