Followers

Monday, December 15, 2014

'Proksi': Khairuddin Abu Hassan mengamuk! 1MDB: 'Tarik balik tuduhan saya proksi veteran UMNO'

'Proksi': Khairuddin Abu Hassan mengamuk! 1MDB: 'Tarik balik tuduhan saya proksi veteran UMNO' - Khairuddin Astro Awani |Kemas kini:

1MDB: 'Tarik balik tuduhan saya proksi veteran UMNO' - Khairuddin KHAIRUDDIN: Tarik balik kenyataan yang saya seorang 'proksi', atau berdepan tindakan saman. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: "Tarik balik tuduhan saya 'proksi' veteran UMNO yang ditugaskan untuk membangkitkan isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)." Itu amaran Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO,

Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan menyifatkannya sebagai fitnah yang tidak berasas. "Memang jika hendak dibandingkan saya dengan dia, ibarat bumi dan langit, sangat jauh.

"Tetapi (saya) hendak beri amaran kepadanya supaya menarik balik kenyataan (bahawa) saya adalah seorang 'proksi', saya tidak teragak-agak untuk menyamannya jika ia berulang," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Tajuddin yang memintanya tidak membuat tuduhan melulu terhadap tanggungjawab pemimpin parti dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB.

Kata Khairuddin, veteran parti berkenaan disifatkan tidak memerlukan seorang 'proksi' sepertinya jika mempunyai misi untuk 'menjatuhkan' 1MDB seperti yang didakwa Tajuddin. "Perjuangan ini berteraskan prinsip.

Saya berjuang seorang diri dan tidak perlukan tangan ghaib, lagipun saya hanya seorang kerdil sahaja," jelasnya. Ujarnya, kenyataan Tajuddin yang menyatakan sudah berjumpa peringkat tertinggi syarikat dan parti mengenai isu 1MDB turut diragui.

"Jika sudah jumpa, mengapa tidak diperjelaskan kepada rakyat, mengapa tidak buat penerangan secara terbuka mengenai isu ini?"
katanya.

Jelasnya lagi, setiap pandangan Tajuddin sebelum ini sentiasa dihormati walaupun pernah berada di pihak pembangkang.

Katanya lagi, laporan polis yang dibuatnya hanya meminta pihak berkenaan menyiasat dana 1MDB dan bukannya Presiden UMNO atau sesiapa di peringkat tertinggi parti.

"Inilah masalah pemimpin UMNO, bila sudah cakap hendak melenting. Kenapa tiba-tiba baru sekarang hendak melenting?" katanya.

Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.