Followers

Tuesday, December 16, 2014

Pihak UM tidak layan protes, pelajar rancang tindakan saman ??



UM tidak layan protes, pelajar rancang tindakan saman Susulan tiada respon diterima daripada pentadbiran Universiti Malaya (UM), pelajar yang dihukum kerana menganjurkan program bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang mengambil tindakan undang-undang.

Presiden Persatuan Pelajar Islam UM Khairol Najib Hashim, salah seorang daripada pemimpin pelajar dalam kumpulan yang menamakan diri mereka UM8 itu berkata, tindakan undang-undang dilihat jalan terakhir setelah mereka berkhemah sejak Jumaat.

"Protes 'Occupy UM' berakhir petang semalam, tetapi tuntutan kami supaya hukuman dan denda yang dikenakan terhadap UM8 ditarik balik tidak dilayan.

"Walaupun ramai pelajar mengambil bahagian di dalam protes ini dengan berkhemah di luar pagar Kuala Lumpur universiti, pihak berkuasa yang berkaitan tidak memberi sebarang respon," katanya.

Khairol memberitahu The Malaysian Insider, semalam mereka cuba berjumpa Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Datuk Dr Rohana Yusof tetapi beliau tiada.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Selasa, 16 Disember 2014 UM tidak layan protes, pelajar rancang tindakan saman Susulan tiada respon diterima daripada pentadbiran Universiti Malaya (UM), pelajar yang dihukum kerana menganjurkan program bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang mengambil tindakan undang-undang. Presiden Persatuan Pelajar Islam UM Khairol Najib Hashim, salah seorang daripada pemimpin pelajar dalam kumpulan yang menamakan diri mereka UM8 itu berkata, tindakan undang-undang dilihat jalan terakhir setelah mereka berkhemah sejak Jumaat. "Protes 'Occupy UM' berakhir petang semalam, tetapi tuntutan kami supaya hukuman dan denda yang dikenakan terhadap UM8 ditarik balik tidak dilayan. "Walaupun ramai pelajar mengambil bahagian di dalam protes ini dengan berkhemah di luar pagar Kuala Lumpur universiti, pihak berkuasa yang berkaitan tidak memberi sebarang respon," katanya. Khairol memberitahu The Malaysian Insider, semalam mereka cuba berjumpa Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Datuk Dr Rohana Yusof tetapi beliau tiada. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.