Followers

Monday, December 29, 2014

Permulaan sesi persekolahan ditangguh seminggu.......!!

 
Isnin, 29 Dec 2014

Permulaan sesi persekolahan ditangguh seminggu.......!!
 
BLOG BANJIR Malaysiakini membawa maklumat terkini mengenai keadaan banjir di seluruh negara.

9.00am: Kementerian Pendidikan bersetuju menangguhkan permulaan sesi persekolahan selama seminggu, di seluruh negara bagi 2015. Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pendidikan, lapor Bernama.

Tarikh baru sesi bermula persekolahan 2015 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah Ahad, 11 Januari, manakala negeri lain akan bermula Isnin, 12 Januari.

Sehingga semalam, kata Muhyiddin, Kementerian Pendidikan mendapati 340 sekolah dari tujuh negeri terjejas dengan banjir.

7.52am: Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pagi ini, lebuh raya LPT di Lanchang-Maran (Km126) masih ditutup kerana banjir di sekitar Temerloh.

Di Kota Bharu, IM4U, sebuah badan bukan kerajaan, akan mengedarkan 10,000 khemah untuk digunakan oleh mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di negeri-negeri yang dilanda banjir, lapor Bernama.
    
Ketua Pegawai Operasinya Azlan Rudy Malik berkata khemah berbentuk bilik itu diedarkan untuk memberi keselesaan kepada mangsa banjir.
    
"Kita juga akan mengedarkan 40,000 beg tidur kepada mangsa banjir untuk memberi keselesaan kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah
Kebangsaan (SK) Penambang di Kota Bharu semalam.

Azlan Rudy berkata setakat ini, 1,000 khemah dan 2,000 beg tidur telah diedarkan di lima pusat pemindahan di Kelantan.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang berusaha memastikan sistem komunikasi termasuk perkhidmatan telefonbimbit yang terbatas akibat banjir buruk melanda negeri ini, dapat dipulihkan dalam tempoh terdekat.
    
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata setakat ini tidak kesemua perkhidmatan telefon bimbit yang terjejas kerana terdapat perkhidmatan oleh syarikat pembekal tertentu masih beroperasi.
    
"Maknanya ada pembekal perkhidmatan tertentu yang masih beroperasi tetapi ada yang tidak beroperasi, bergantung kepada syarikat tertentu," katanya malam tadi.

Malaysiakini. BLOG BANJIR Malaysiakini membawa maklumat terkini mengenai keadaan banjir di seluruh negara.

9.00am: Kementerian Pendidikan bersetuju menangguhkan permulaan sesi persekolahan selama seminggu, di seluruh negara bagi 2015. 

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pendidikan, lapor Bernama.

Tarikh baru sesi bermula persekolahan 2015 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah Ahad, 11 Januari, manakala negeri lain akan bermula Isnin, 12 Januari.

Sehingga semalam, kata Muhyiddin, Kementerian Pendidikan mendapati 340 sekolah dari tujuh negeri terjejas dengan banjir.

7.52am: Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pagi ini, lebuh raya LPT di Lanchang-Maran (Km126) masih ditutup kerana banjir di sekitar Temerloh.

Di Kota Bharu, IM4U, sebuah badan bukan kerajaan, akan mengedarkan 10,000 khemah untuk digunakan oleh mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di negeri-negeri yang dilanda banjir, lapor Bernama.

Ketua Pegawai Operasinya Azlan Rudy Malik berkata khemah berbentuk bilik itu diedarkan untuk memberi keselesaan kepada mangsa banjir.

"Kita juga akan mengedarkan 40,000 beg tidur kepada mangsa banjir untuk memberi keselesaan kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah
Kebangsaan (SK) Penambang di Kota Bharu semalam.


Azlan Rudy berkata setakat ini, 1,000 khemah dan 2,000 beg tidur telah diedarkan di lima pusat pemindahan di Kelantan.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang berusaha memastikan sistem komunikasi termasuk perkhidmatan telefonbimbit yang terbatas akibat banjir buruk melanda negeri ini, dapat dipulihkan dalam tempoh terdekat.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata setakat ini tidak kesemua perkhidmatan telefon bimbit yang terjejas kerana terdapat perkhidmatan oleh syarikat pembekal tertentu masih beroperasi.

"Maknanya ada pembekal perkhidmatan tertentu yang masih beroperasi tetapi ada yang tidak beroperasi, bergantung kepada syarikat tertentu," katanya malam tadi.


Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.