Followers

Wednesday, December 3, 2014

PENYANJUNG ULAMAK KERJANYA MEMBURUKKAN ORANG LAIN?

PALING aku kelakar ada macai JebUG (Jebon UG) yang kelihatan lebih bodoh daripada macai amno sekarang ini.

Dulu mereka sanjung Anwar sebab mereka sebenarnya tahu Anwar banyak bantu parti mereka dapat Kerusi dan aku pun ingin nyatakan parti mereka pun banyak bantu parti aku dapat Kerusi.

Ertinya, saling membantu tetapi apabila berlaku krisis MB Selangor baru-baru ini macai JebUG ini mula serlahkan wajah mereka.

Mengambil kesempatan di atas kecuaian pimpinan mereka menangani krisis MB Selangor, mereka kini mula mengatur langkah untuk memburukkan Anwar.

Mereka tahu Anwar tidak pernah sentuh pun pemimpin mereka sejak dari krisis MB Selangor bahkan Anwar sentiasa komen yang positif terhadap parti mereka berbanding dengan pemimpin mereka yang secara terbuka aibkan Presiden parti sekutu mereka sendiri.

Tidak pelik kalau Presiden parti aku diaibkan kerana pemimpin mereka tergamak aibkan dua Adun mereka dengan gelaran yang buruk kita dengar. Kini,

JebUG mendakwa mengapa Anwar tidak saman Anifah Aman yang mendakwa Anwar tawarkan RM 100 Juta kepadanya untuk melompat parti?

Nampak sangat bodohnya macai JebUG ini, kelihatan mereka tidak langsung tahu perkembangan. Sebab itu aku selalu sebut yang memakai kopiah dan sering hadir usrah bukan boleh menjamin menjadi pemikir yang baik.

Mereka dapat ilmu agama, tetapi membuat tuduhan sedemikian rupa menunjukkan apa faedahnya ilmu yang mereka dapat?

Aku mahu usrah puak macai JebUG ini. Isu Anwar yang hangpa dok sebut tu, sebenarnya yang dinyatakan oleh Anifah Aman itu merupakan keterangan beliau di dalam mahkamah di dalam kes saman Anwar terhadapnya.

Anwar menyaman Anifah kerana Anifah mendakwa Anwar mengupah RM100 Juta kepadanya untuk melompat parti. Ertinya, Anwar sudah saman Anifah lama dah.

Anifah cuma ulangi sekali lagi dakwaannya itu sewaktu beri keterangan. Takkan Anwar mahu saman atas isu yang sama yang sedang dibicarakan?

Jangan jadi bodoh sangat macai JebUG, malulah sikit dengan macai amno.

Macai amno pun tidak sentuh isu tersebut sebab mereka tahu memang Anwar telah saman Anifah lama dah. Akibat terlalu mahu burukkan Anwar, macai JebUG ini tampilkan wajah mereka yang sebenar.

Rupa-rupanya mereka tidak tahu satu apa pun. Janji mereka boleh burukkan Anwar agar mereka dilihat sebagai penyanjung Ulamak.

Penyanjung Ulamak itu kerjanya memburukkan orang lainkah? Kesihan UG.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.