Ops Gading yang bertujuan membersihkan kebun-kebun peneroka haram di
Cameron Highlands dari akan memasuki fasa kedua dalam minggu ini.
Ops Gading yang bertujuan membersihkan kebun-kebun peneroka haram di Cameron Highlands dari akan memasuki fasa kedua dalam minggu ini.
Walaupun operasi menggempur tanah pertanian yang dibuka secara haram diuar-uarkan melalui notis, pengumuman dan kenyataan akhbar namun ada peneroka haram yang masih mahu berunding dengan pihak berkuasa.
Komander Operasi Bersepadu Cameron Highlands ACP Mohd Shaharuddin Baharom berkata ketika pihaknya mahu menjalankan pembersihan kebun haram dan meroboh struktur binaan serta aset, peneroka terlibat berjumpa mereka untuk berunding.
"Sebelum ini ada yang mendakwa tugas kami sebagai 'hangat-hangat tahi ayam', kami sebagai 'wayang kulit' sahaja. Jangan datang kepada kami untuk berunding, kami tidak ada hak untuk adakan perundingan. Kami datang untuk laksanakan arahan," katanya ketika ditemui pemberita ketika pelaksanaan Ops Gading fasa kedua di kebun bunga haram di Blue Valley.
"Kami datang (ke kebun haram) bukan untuk berunding tetapi untuk laksanakan arahan pembersihan dan perobohan aset di kebun haram. Kalau hendak beruding, berundinglah dengan pihak lain," katanya.
Mohd Shaharuddin berkata operasi menggempur kebun yang dibuka secara haram sini diteruskan lagi melalui 'Ops Gading' fasa kedua selama seminggu bermula hari ini.
Beliau berkata seluas hampir 20 hektar kebun bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan dibersihkan di tiga kawasan iaitu di Kampung Raja, Tringkap dan Blue Valley hari ini.
"Semua struktur binaan dan aset di kebun haram tersebut juga dirobohkan. Kebun berkenaan dikesan beroperasi lebih daripada setahun. Kita meroboh secara serentak di ketiga-tiga kawasan berkenaan. Operasi ini digerakkan seperti arahan Kabinet dan inilah yang kita lakukan," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan membersihkan dan merobohkan seluruh kebun-kebun haram di seluruh Cameron Highlands sepanjang pelaksanaan Ops Gading.
Katanya, terdapat sebuah kebun haram seluas 28 hektar yang berada di pendalaman Cameron Highlands juga akan digempur dalam masa terdekat namun pihaknya masih membuat penandaan.
"Ops Gading fasa dua ini akan berjalan sehingga hujung minggu dan berharap ia berjalan lancar dengan bekalan jentera berat. Kalau sempat dan cuaca baik, kebun seluas 28 hektar tersebut juga kita akan bersih dan robohkan dalam minggu ini," katanya.
Mohd Shaharuddin berkata sebanyak 17 hektar kebun haram digempur dalam Ops Gading fasa satu sebelum ini dan dianggarkan terdapat 7,000 hektar kebun haram di seluruh Cameron Highlands mengikut data Agensi Remote Sensing Malaysia.
Bagaimanapun, pihaknya tidak boleh menggempur dan merobohkan kebun haram berkenaan sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mengambil kira pengiraan serta penandaan dengan teliti supaya kebun yang mendapat lesen secara sah tidak terjejas melalui operasi berkenaan, katanya.
"Kita mendapat nasihat dan panduan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (Malaysia) dan Jabatan Peguam Negara mengenai tatacara melaksanakan operasi berkenaan. Kita juga perlu pastikan tanah-tanah yang dimiliki secara sah," katanya.
Ops Gading fasa dua diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara yang digerakkan secara bersepadu membabitkan 532 anggota dari 16 agensi termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, Rela, pasukan polis dan tentera. – Bernama, 16 Disember, 2014.
http://www.themalaysianinsider.com

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.