Followers

Monday, December 15, 2014

Pembinaan loji najis Danga Bay ni, Penghinaan atau Penghargaan buat Melayu Johor?

Yang dipersoalkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas ialah "Daripada ribuan ekar tanah yang diperuntukkan kepada pemaju projek, mengapa mereka memilih untuk menempatkan loji najis itu di kawasan orang Melayu dan menghina dengan istilah seperti 'state-of-the-art' dan 'taman'," 

Persoalannya disini ialah..Daripada ribuan ekar tanah yang diperuntukkan kepada pemaju projek mengapa Pihak Berkuasa Tempatan meluluskan pelan pembangunan yang sudah pasti menunjukkan kedudukan loji najis itu?

Adakah Ahli-ahli Majilis dalam PBT tersebut diwakili oleh wakil-wakil dari PKR, PAS ataupun DAP?.. sudah tentu tidak jawapannya..

Johor tu dikuasai UMNO jadi sudah tentu Ahli-ahli Majlisnya datang dari UMNO..

Mereka boleh untuk tidak bersetuju pelan pembangunan tidak diluluskan tetapi mengapa mereka memilih untuk meluluskan?

Lainlah kalau pembangunan projek ini tak perlu mendapat kelulusan PBT...

Atau mungkin ini satu penghargaan buat penyokong-penyokong UMNO di kawasan itu..

Pembinaan loji najis Danga Bay penghinaan terhadap Melayu Johor


Pembinaan loji kumbahan najis milik projek hartanah mewah Danga Bay di perkampungan Melayu di Pengkalan Rinting, Johor Bahru disifatkan sebagai satu penghinaan yang amat besar terhadap orang Melayu di negeri Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat mempersoalkan mengapa loji kumbahan najis milik projek hartanah mewah Danga Bay itu tidak ditempatkan di kawasan elit tersebut.

Beliau yang lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di dalam isu loji najis itu mempertikaikan keputusan untuk menempatkan loji najis itu di kawasan yang diduduki 100 peratus oleh orang Melayu.

"Daripada ribuan ekar tanah yang diperuntukkan kepada pemaju projek, mengapa mereka memilih untuk menempatkan loji najis itu di kawasan orang Melayu dan menghina dengan istilah seperti 'state-of-the-art' dan 'taman'," kata ADUNKempas itu.

Sukar untuk beliau menerima, orang-orang Melayu di Johor yang 99 peratus diperintah oleh pemimpin-pemimpin Melayu telah dihina dengan sebegitu rupa oleh pemimpin Melayu yang mereka sendiri pilih.

"Menteri Besar yang lebih banyak berhubung dengan rakyat berbanding dengan yang lepas juga adalah Melayu, begitu juga dengan exco perumahan. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bandar Johor Bahru, dari awal sehingga kini, Pegawai Daerah dan ketua-ketua jabatan adalah orang Melayu.

"Wai'mah Raja kita juga adalah seorang Melayu yang dianggap Ketua Agama dan adat istiadat Melayu. DYMM (Duli Yang Maha Mulia) juga adalah lambang dan payung kepada orang Melayu.

"Oleh itu, sukar bagi saya untuk memahami dan saya tidak dapat terima hakikat bahawa bangsa Melayu lebih-lebih mereka yang telah menyokong kita pada setiap pilihanr raya daripada Merdeka sehingga kini, menerima layanan sebegini," kata Tengku Putra hari ini.

Penempatan orang Melayu itu kata beliau, mempunyai enam buah surau dan sebuah masjid yang membuktikan kawasan yang terjejas itu memiliki 100 peratus penduduk Melayu.

Tidak ada seorang pun daripada 600 penduduk Melayu yang tinggal di perkampungan itu bersetuju dengan pembinaan loji najis tersebut di kampung mereka dan ini dibuktikan dengan petisyen yang dijalankan oleh mereka baru-baru ini.

"Tidak ada seorang pun yang bersetuju dengan pembinaan loji najis itu," katanya sambil mencadangkan supaya satu lagi kajian 'door-to-door' dijalankan untuk mengetahui pilihan penduduk Melayu di Pengkalan Rinting sama ada mereka bersetuju dengan pembinaan loji najis itu atau tidak.

Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin yang lebih teliti dan prihatin dalam hal-hal penindasan terhadap orang Melayu di Johor.

Dalam sesi dialog di antara pemaju projek loji najis itu dengan penduduk Melayu baru-baru ini tentang pembinaan loji najis itu berakhir dengan kekecohan apabila mereka yang terjejas dengan projek terbabit meninggalkan majlis tersebut lebih awal. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.