Followers

Friday, December 5, 2014

Pemandu teksi dibelasah polis bantuan tersebar

 

Satu rakaman video yang menunjukkan dua anggota polis bantuan dan seorang pemandu teksi bergaduh, tersebar luas di laman sosial Facebook.

Video selama satu minit dua saat itu dipercayai dirakamkan sewaktu kejadian itu dipercayai berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, di Johor Bahru.

Difahamkan, video itu mula tersebar, selepas dimuat naik ke laman sosial Facebook The Real Singapore dan dalam tempoh satu jam, ia sudah dikongsi hampir 626 pengguna laman sosial tersebut.

Berdasarkan penelitian The Rakyat Post, kedua-dua anggota polis itu dilihat menumbuk dan kemudiannya menendang pemandu teksi berkenaan.

Pergaduhan itu akhirnya dileraikan seorang anggota polis trafik yang tiba di lokasi kejadian bersama seorang pemandu teksi lain.

Maklum balas daripada orang awam ternyata kurang senang dengan kejadian itu, sehingga ada di antara mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kedua-dua anggota polis berkenaan.

Daeng Jonet berpendapat: “Apa pun kesalahan taxi driver…tak kan lah sampai bertumbok…awak pakai uniform…malu lah!!!!!!

Manakala Jay Chen Well pula berkata: “Whatever it is, policemen or civil servant to keep peace and not fight in the public. Shame sial.” (Apa pun yang berlaku, anggota polis atau penjawat awam bertanggungjawab menjaga keamanan dan bukannya bergaduh di khalayak ramai. Memalukan)

Sementara itu, Rahidah Angin pula berkata: “Need to know both side of the story, cannot blaming one side.” (perlu tahu cerita kedua-dua belah pihak, tidak boleh salahkan satu pihak saja)

https://www.facebook.com/video.php?v=892455344132967&set=vb.416856241692882

- therakyatpost

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.