Nurul Izzah, suami setuju dapatkan hak penjagaan bersama anak
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bersetuju secara dasar untuk mendapatkan hak penjagaan bersama terhadap dua anak mereka, yang berusia tujuh dan empat tahun, lapor Mstar Online hari ini.
Menurut portal itu, terma-terma lain
akan dibincangkan kemudian, dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah
Muhammad Fateh Saleh menetapkan 15 Januari ini untuk sebutan semula kes
itu.
Portal itu melaporkan Muhammad Fateh
juga menetapkan 15 Januari ini untuk kedua-dua pihak untuk menyelesaikan
perceraian mereka melalui Hakam (penimbang tara) sementara menunggu
kajian semula laporan jawatankuasa perdamaian yang difailkan oleh peguam
Raja Ahmad, Azmi Mohd Rais.
Menurut Mstar, kajian ini difailkan mengikut Seksyen 51 Akta 1993 Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
Satu tarikh untuk mengkaji semula laporan jawatankuasa perdamaian akan diketahui dalam tempoh dua hari.
"Anak guam saya mengambil keputusan
untuk memfailkan semakan laporan jawatankuasa perdamaian kerana beliau
merasakan kandungannya tidak adil kepada beliau," kata Azmi kepada
seperti dilaporkan Mstar selepas berakhirnya prosiding hari ini.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad juga hadir dalam prosiding hari ini.
Selain pasangan tersebut, turut hadir ialah Hakam untuk Nurul Izzah, Mohd Khairul Ahmad Hakam Raja Ahmad tidak hadir.
Pada Oktober, Mahkamah Rendah Syariah
menetapkan 8 Disember ini untuk pelantikan Hakam bagi memuktamadkan
perceraian Nurul Izzah, selepas suaminya enggan mengucapkan talak
(kenyataan perceraian), mengatakan bahawa beliau masih mencintai isteri
dan kedua-dua anaknya.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR
itu membuat permohonan untuk hak penjagaan dua anak mereka pada 30 April
tahun ini, empat bulan selepas beliau memfailkan permohonan untuk
menceraikan Raja Ahmad, yang dikahwininya pada tahun 2003.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.