Followers

Saturday, December 27, 2014

Nik Abduh Dikecam Hebat Kerana Kenyataan Bodoh Ini..

 
Nampaknya ada juga yang menghubungkaitkan isu hudud dengan musibah banjir yang melanda Kelantan ketika ini.

Sudahnya, individu tersebut dikecam hebat pelayar internet dan rata-rata melahirkan rasa kesal di atas kenyataan itu.

Individu itu adalah Ahli Parlimen Pasir Mas, yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abduh dalam posting di laman Facebooknya berkata 'banjir teruk melanda negara adalah akibat kemurkaan Allah dan menganggapnya tanda kerajaan negeri Kelantan perlu meneruskan agenda hudud'.

"Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud," katanya dipetik laman Facebookny, pada Rabu.

Pelayar internet kemudiannya membalas status itu dengan menyalahkan kerajaan negeri PAS Kelantan yang rakus menggondolkan balak di kawasan tadahan air.

Salah seorang pengguna Facebook, Hussain Muhammad mengecam Nik Abduh dan menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai punca banjir besar berlaku.

"Banjir berlaku sebab keserakahan PAS menebang balak, dan tak pernah peduli pasal sistem perparitan dan kutipan sampah. Ini bukan benda baru, tiap-tiap tahun jadi," katanya.

Seorang pengguna lain, Anas Abd Jalil juga menyindir Nik Abduh yang seolah-olah meletakkan beban kepada pencipta alam, serta memuat-naik gambar pembalakan di Gua Musang.

Dengan nada marah, beliau mengaitkan banjir itu dengan kegiatan "perogolan balak" yang memusnahkan kawasan tadahan air serta menyebabkan tanah gambut yang menyerap air terhakis dan akhirnya tanah laterit masuk ke sungai dan mencetekkan sungai.

"(Sebaliknya) Semua dibebankan pada takdir Allah," kata Anas.

Sementara itu, orang ramai juga membidas kenyataan Nik Abduh yang seolah-olah mengatakan pelaksanaan hudud merupakan penyelesaian kepada masalah banjir di negeri tersebut.

"Isu bnjir skrg ni tiba2 puak2 lebai ni bncg psal hudud, sabar sat klau nk laksana pun... Islam ni bkn pada hudud ja..banteras rasuah pnyelewengan, korupsi kjaan, ketirisan pn tak sudah2 lg. Selamatkn rkyt dlu, mcm hg sorg nk msuk syurga ustaz oi!" kata pengguna bernama Khairul Anuar KA dalam ruang komen.

Dalam status Facebooknya semalam, Nik Abduh berkata kunci kepada isu banjir di Kelantan ialah doa dan menggesa supaya orang ramai terus meminta bantuan kepada Allah.

"Kunci bencana banjir kini di tangan Empunya hujan. Anak kuncinya adalah doa. Walau sejuta tangan menghulur bantuan, jangan dihilang anak kunci itu," tulisnya.

Kelantan sebelum ini nekad mahu melaksanakan hudud dan kesungguhan mereka dibuktikan dengan memanggil sidang khas DUN negeri itu untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah.

Pindaan itu adalah penyediaan PAS ke arah melaksanakan perundangan Islam tersebut, walaupun dibantah keras rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Sehingga berita ini ditulis, Menteri Besar Kelantan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya hanya akan membuat keputusan rasmi esok berhubung sidang Khas DUN yang dijadualkan berlangsung pada 29 Disember ini.


Menurut beliau, perkara itu akan diumumkan selepas diadakan perbincangan peringkat kerajaan negeri sama ada akan meneruskan atau menangguhkan sidang khas itu kepada tarikh lain.



Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.