Followers
Tuesday, December 23, 2014
Najib Dapat 'Panglima' Baru Syed Ali kecewa lihat gelagat segelintir pemimpin UMNO Khairil Ashraf
Saban hari kita baca menerusi laman-laman sosial, ada saja fitnah pembangkang terhadap Najib tetapi malangnya tuduhan itu tidak ada tindak balas daripada pemimpin UMNO. syed-ali
PETALING JAYA: Pemimpin UMNO seharusnya bangun dan bertindak lebih agresif mempertahankan kedudukan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang kini menjadi sasaran serangan pembangkang dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, pemimpin UMNO khususnya barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) perlu tampil menangkis pelbagai isu yang disasarkan kepada presiden parti.
Syed Ali turut kecewa melihat ‘gelagat’ pemimpin parti yang tidak peka dan membiarkan Najib keseorangan menepis serangan fitnah bertali arus yang dilakukan pembangkang terutama menerusi laman-laman sosial.
Tegasnya, pemimpin UMNO di semua peringkat termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sepatutnya menjadi perisai mempertahankan kepimpinan Najib daripada diasak oleh pembangkang.
“Saban hari kita baca menerusi laman-laman sosial, ada saja fitnah pembangkang terhadap Najib tetapi malangnya tuduhan itu tidak ada tindak balas daripada pemimpin UMNO, langsung tidak ada respons, ini yang amat mengecewakan.
“Kita yang pilih Najib sebagai presiden parti, maka kita sepatutunya bertanggungjawab mempertahankan kepimpinan beliau dan sekaligus menjadikan UMNO sebagai parti yang kuat bagi menjaga kepentingan orang Melayu,” katanya dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.
Syed Ali yang merupakan Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan turut menasihatkan pemimpin UMNO seharusnya tidak melenting jika wujud dakwaan mengatakan ada sesetengah daripada mereka yang ‘tidur’ kerana persepsi itu berdasarkan kepada apa yang berlaku hari ini.
Beliau turut mengingatkan bahawa apa sahaja fitnah sekiranya dibiarkan tanpa sebarang jawapan akhirnya akan menjadikan cerita fitnah itu seolah-olah seperti benar dan ia boleh mengelirukan perhatian rakyat.
Katanya, pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mahfuz Omar, Rafizi dan beberapa pemimpin PKR dilihat begitu agresif menyerang Najib secara terbuka.
“Jika kita sayangkan presiden dan timbalan presiden parti, sepatutnya kita berani menentang pembangkang, bukannya mengambil sikap berdiam diri serta tunggu dan lihat.
“Kadangkala kita sedih melihat Najib diserang bertubi-tubi oleh pembangkang, di mana pemimpin tertinggi UMNO? Mengapa biarkan Perdana Menteri keseorangan,” soalnya.
Posted by mountdweller
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.