Followers

Tuesday, December 30, 2014

Mahkamah Rayuan tolak rayuan JAWI

 
 
Mahkamah Rayuan ketepikan rayuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke atas keputusan Mahkamah Tinggi berhubung serbuan dan rampasan buku penulis Kanada, Irshad Manji di kedai buku Borders.

Ia berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Mac 2013 yang memutuskan bahawa operasi JAWI itu tidak mengikut undang-undang.

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku 'Allah, Kebebasn dan Cinta' pada 14 Jun, tiga minggu selepas JAWI menyerbu stor Borders di Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Mengulas perkembagan itu, jurucakap Human Rights Watch, Phil Robertson berkata pengurus stor Borders, Nik Raina Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya diheret ke mahkamah sejak awal lagi.

Katanya, JAWI juga perlu dikawal kerana mengambil tindakan sendiri dan merampas bahawa yang belum lagi diharamkan.

“Kemudian, ia enggan mengakui kesalahan,” kata Robertson yang merujuk kepada tindakan JAWI yang mengemukakan rayuan dan juga cuba menjalankan pendakwaan di mahkamah syariah.

“Pengurusan Borders sepatutnya dipuji kerana mempertahankan kakitangannya daripada tuduhan yang salah ini.

“Nik Raina juga patut mendapat msokongan semua rakyat Malaysia kerana menentang pendakwaan berniat jahat dan selektif ini,” katanya.


 Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.