Followers

Tuesday, December 23, 2014

Lelaki ‘Belagak’ Polis Nak Masuk Pusat Hiburan Percuma

 

Alahai…semata-mata ingin berhibur secara percuma, seorang lelaki sanggup berlagak dan menyamar sebagai seorang pegawai polis.

Akibat tindakan bodohnya itu, dia ditahan di sebuah pusat hiburan di Malim, Melaka malam tadi.

Suspek yang berusia 30 tahun ini dikatakan datang bersama tiga rakannya ke pusat hiburan tersebut pada pukul 12.30 tengah malam.

Seorang sumber memberitahu, suspek secara tiba-tiba ingin masuk ke premis hiburan tersebut secara percuma dan kononnya mendakwa dia adalah pegawai polis

“Sampai saja di pintu masuk pusat hiburan itu, suspek mendakwa dirinya pegawai polis dan ingin masuk percuma.” katanya.

Malangnya, tembelang dan taktiknya terbongkar, apabila pemilik pusat hiburan berkenaan berasa ragu dan menghubungi polis untuk kepastian dan pemeriksaan.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan lelaki tersebut gagal menunjukkan sebarang pengenalan polis menyebabkan mangsa kini ditahan oleh pihak polis.

– MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.