Followers

Thursday, December 25, 2014

Ketika lebih 90,000 rakyat sengsara, Najib bergembira bermain golf dengan Obama?

 

Ketika lebih 90,000 rakyat Malaysia sedang menderita menanggung sengsara kerana menjadi mangsa banjir yang terburuk yang melanda negara..

Ketika mereka kesejukkan, kelaparan, tidur bersesak-sesak dalam pusat Pemindahan Banjir yang dikhabarkan lebih indah khabar dari rupa..

Ketika mereka termenung memikirkan bagaimana untuk mengharungi hidup seterusnya selepas banjir yang melanda ini memusnahkan harta benda mereka dalam sekelip mata..

Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dilaporkan muncul secara tiba-tiba ketika Obama sedang bermain Golf dengan keluarga dan rakannya di di pengkalan armada laut Amarika, Kanehoe Bay, Honoulu, Hawai.

Munculnya bukan sebagai jemputan tetapi Najib muncul kononnya sebagai satu kejutan buat Obama..

Dalam sebuah kenyataan rasmi, Rumah Putih berkata: “Kedua-dua pemimpin tersebut mengambil peluang untuk membincangkan tentang perkembangan hubungan antara AS dan Malaysia. Presiden berkata, beliau menzahirkan hasrat untuk menjalin kerjasama erat dengan Najib untuk tahun 2015, semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN.”

Persoalannya kenapa Najib lebih pentingkan Obama dari derita rakyat Malaysia?.. tidak bolehkah Najib menunjukkan sikap bertanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan membatalkan cuti nya untuk bersama membantu mangsa banjir?

Inikah yang dikatakan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'?




Laporan mengenai lebih 90,000 dipindahkan..

Lebih 90,000 mangsa banjir di lima negeri dipindahkan
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.
Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).

Di KELANTAN, jumlah mangsa terbaharu itu menyaksikan peningkatan 5,190 orang berbanding 27,153 mangsa malam tadi, menurut portal banjir kerajaan negeri.

Pertambahan mangsa berlaku di Tanah Merah dan Kota Baharu, dan ibu negeri Kelantan itu kini lumpuh akibat limpahan Sungai Kelantan sejak semalam.

Selain kedua-dua jajahan itu, mangsa banjir tersebut membabitkan tujuh lagi jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.

Sebanyak 15 lagi laluan ditutup pagi ini akibat banjir, menjadikan keseluruhan 37 laluan di Kelantan ditutup kepada lalu lintas berikutan banjir.

Di TERENGGANU, 28,991 mangsa daripada 6,975 keluarga kini berada di 124 pusat pemindahan setakat pagi ini, dengan Kemaman daerah paling teruk terjejas dengan 19,405 mangsa daripada 4,607 keluarga.

Sejumlah 5,022 mangsa di Dungun dipindahkan ke 33 pusat pemindahan, diikuti Kuala Terengganu (3,203/14 pusat), Hulu Terengganu (640/11 pusat), Besut (562/lapan pusat), Marang (115/dua pusat) dan Setiu (44/tiga pusat).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di Pahang yang membabitkan lapan daerah bertambah 8,372 orang kepada 24,316 orang pagi ini berbanding 15,944 orang daripada 4,015 keluarga malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Kuantan masih merekodkan jumlah pemindahan paling banyak iaitu 14,350 mangsa melibatkan 4,119 keluarga di 44 pusat pemindahan.

Di Maran, 2,744 mangsa ditempatkan di 17 pusat pemindahan diikuti Jerantut (2,478/34 pusat), Lipis (2,319/26 pusat), Pekan (1,402/18 pusat), Temerloh (649/15 pusat), Rompin (265/empat pusat) dan Bera (109/empat pusat).

Di PERAK, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah meningkat kepada 4,335 orang daripada 1,079 keluarga.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak, kawasan Perak Tengah menjadi lokasi terbaharu dilanda banjir selepas dinaiki air petang semalam dan enam lagi pusat pemindahan banjir di Bota dan Kampung Gajah dibuka hari ini.

Daerah Kuala Kangsar yang meliputi kawasan Sungai Siput mencatat bilangan tertinggi mangsa banjir setakat ini iaitu 2,767 orang daripada 659 keluarga dan 23 pusat pemindahan masih dibuka.

Hulu Perak yang melibatkan kawasan Lenggong pula mencatat 615 mangsa manakala Perak Tengah menyaksikan 953 mangsa pagi ini.

Di PERLIS, keadaan banjir di utara Perlis masih bertahan namun jumlah yang dipindahkan meningkat berbanding malam tadi.

Bilik Operasi Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis melaporkan sebanyak 265 mangsa daripada 81 keluarga yang dipindahkan setakat 9 pagi ini berbanding 253 mangsa daripada 71 keluarga malam tadi.

Mereka kini berada di lima pusat pemindahan iaitu Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Dewan Malau, Dewan Beseri Dalam dan Dewan Seri Pilihan lapor Astro Awani

Berikut pula laporan dari Washington Post tentang Najib main golf dengan Obama ketika 90,000 rakyat Malaysia sedang menderita..

In Hawaii, Obama golfs with Malaysian Prime Minister Najib Razak


HONOLULU — President Obama has generally refrained from mixing business and pleasure on the golf course. On vacation here in Hawaii, he has mostly hit the links with the same circle of longtime friends and White House aides he usually pals around with. Until Wednesday, when a newbie joined the First Foursome — Malaysian Prime Minister Najib Razak.

The White House said Najib, along with aides Joe Paulsen and Mike Brush, was playing with the president on the course at the Marine Corps base at Kanehoe Bay. Turns out Najib was in town on his own getaway, and it is not unprecedented for Obama to do a golf summit with a world leader. Last year in Hawaii, he played with New Zealand Prime Minister John Key. (In 2011, Obama famously played a round with House Speaker John A. Boehner at Andrews Air Force Base that did not exactly lead to a good working relationship off the course.)

Obama has established perhaps a better working relationship with Najib, after making the first visit by a sitting U.S. president to Malaysia in nearly half a century last spring. It was unlikely they had an in-depth discussion of their foreign policy agendas on the course, however, but perhaps focusing instead on trying to avoid the sand traps.


In a statement, the White House said: "The two leaders took the opportunity to discuss the growing and warming relationship between the United States and Malaysia. The president said he looked forward to working with Prime Minister Najib in 2015, during Malaysia's chair year of the Association of Southeast Asian Nations."~ Washington Post

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.