Followers

Saturday, December 13, 2014

Kerajaan tersalah langkah dengan laporan RCI - Oleh Joe Leong


Langkah Datuk Seri Najib Razak menamakan Timbalan Ketua Menteri yang juga presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai pengerusi jawatankuasa khas bagi mengkaji dan melaksana cadangan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi pendatang di Sabah telah menghasilkan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dicadangkan pesuruhjaya RCI.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri di persidangan PBS ke-29 di Kota Kinabalu pada 19 Nov, sebelum laporan rasmi RCI dikeluarkan kepada orangramai pada 3 Disember.

Dalam membuat cadangannya, pesuruhjaya-pesuruhjaya RCI berkata sekretariat tetap perlu ditubuhkan dan ia perlu disokong samada jawatankuasa pengurusan atau majlis konsultatif.

Mereka menjelaskan bahawa jawatankuasa atau majlis tersebut perlu diketuai “golongan profesyenal bebas dengan integriti tinggi yang tidak terlibat dengan politik dan terdiri dari penjawat awam kanan, figura korporat, ahli akademik, wakil persatuan guaman, peguam negeri dsb.”

Sehari selepas laporan dikeluarkan, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim yang mempengerusi RCI berkata amat penting kerajaan melantik tokoh bukan politik menerajui jawatankuasa pengurusan.

Shim memberitahu media bahawa beliau dan ahli panel lain telah mencadangkan seseorang yang tidak terlibat dengan politik supaya orang tersebut tidak memihak kepada sesiapa dalam isu yang telah berlanjutan sekian lama itu.

Dalam membuat cadangan, Shim dan ahli panelnya menyuarakan harapan “Dengan badan tersebut, kami yakin bahawa masalah pendatang dan isu berkaitan yang melanda Sabah dapat diselesaikan dan kemuraman yang dirujuk (melalui laporan tersebut) dalam ditamatkan.”

Dokumen bercetak hasil kajian RCI boleh didapati orang ramai sehari selepas itu dan ia agak mengujakan, dengan gambar berwarna di muka depan dengan 368 halaman bercetak.

Namun jangan nilai sesuatu melihat kepada kulitnya. Melihat lebih teliti, buku tersebut yang berjudul “Laporan: Suruhanjaya Siasatan tentang Pendatang di Sabah” punyai kelemahan. Pertama perkataan DiRaja tidak dicetak dan ejaan “inquiry” diganti “enquiry”.

Pengenalannya menjelaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah melantik “Para Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi Pendatang di Sabah” pada 21 Sept 2012. Pemerintah negara membuat perlantikan bukan hanya bagi ahli panel tetapi juga setiausaha dan pegawai yang bertugas.

Maka memang sewajarnya ia dikenali sebagai Suruhanjaya DiRaja dan tidak sekadar suruhanjaya kerajaan biasa.

Dengan hilangnya perkataan DiRaja, ia dilihat cubaan merendahkan martabat RCI. Lebih serius, ia agak mengelirukan. Akhbar tempatan menggunakan perkataan “ikuiri” dalam laporan berkaitan RCI.

Pada halaman 338, pada permulaan artikel 4.6 Definisi “Orang Asal” negeri, “In the course of the inquiry proceedings, there was some dispute as to the...

”Bagi mereka yang menjangka keterangan lanjut bagi bukti yang dikemukakan oleh saksi, terutama tokoh besar seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, serta bekas ketua-ketua menteri Sabah, mereka juga kecewa.

Terdapat 11 baris sahaja bagi bukti yang dikemukan Mahathir pada separuh halaman 35. Menjelaskan kesimpulan keterangan, para pesuruhjaya RCI memikirkan ianya mencukupi bagi menyimpulkan segala bukti lisan yang diberi, sebagai mengetengahkan isinya.

Laporan tersebut berkata keterangan 211 saksi diterangkan dengan sebanyak 5000 halaman. Maka laporan setebal 368 mukasurat itu hanya kesimpulan keterangan.

Bagaimanapun, ia menerangkan bahawa terdapat bukti yang mencukupi bagi menunjukkan pendatang bukan warganegara Malaysia telah diberi kad pengenalan biru secara sah oleh sindiket atau individu yang kemudian mendaftar mereka sebagai pengundi dalam daftar pengundi menggunakan kad pengenalan. Selepas menilai hasil kajian, para ahli panel RCI membuat kesimpulan,

“Ia tempoh bagi sindiket atau individu dibantu para pegawai korup mengambil kesempatan sistem warganegara yang lemah ditambah kehadiran pendatang yang ramai bagi mendapat keuntungan dalam bentu wang.”

Di sebalik kegagalan menyatakan kesalahan kerajaan yang tidak menghentikan amalan tersebut, para pesuruhjaya memberi kenyataan berikut, “Ia tempoh yang menyaksikan kemunculan projek yang didakwa Projek IC dengan agenda politik salah.

Ia ditambah dengan aktiviti jahat yang menghasilkan kehadiran pendatang yang ramai ke Sabah. Negeri ini merana kerana kesan darinya.” “Kami berpendapat ia pandangan salah.

Kita boleh menyiasat, menghasilkan dapatan dan seterusnya membuat cadangan kepada pihak berkenaan,” kata mereka. Laporan tepat apabila berkata warga Sabah telah bertahun-tahun merasakan kerajaan pusat dan negeri terlalu sibuk dengan retorik politik dan kurang iltizam serta komitmen merungkai sebab serta punca masalah secara menyeluruh.

Para pesuruhjaya juga membuat penilaian bahawa pelajaran perlu ditimba daripada sejarah. Ia amat memerlukan iltizam politik.

Perlu ada langkah berani dan tepat secara bersepadu, menyeluruh dan dasar berterusan dalam perkara ini.” Sejarah bakal merakamkan samada kerajaan Malaysia memiliki azam melakukan tindakan berani dalam merungkai ibu segala ancaman di Sabah ini.

 Jika tidak, maka penubuhan serta dapatan RCI bagi pendatang di Sabah pada 2013 hanya dilihat usaha sia-sia serta wayang politik semata-mata.


Posted & copy by RAKYAT MARHAENl

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.