Followers

Thursday, December 11, 2014

Kalau macam ni.. bila tahun nak habis episod perang saudara ni?.. hadoi.. letih aku..


Presiden PKR menjawab dakwaan Chegbard..

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin kononnya lima ADUN Selangor daripada PKR dan DAP mensabotaj beliau ketika krisis pelantikan Menteri Besar Selangor.

Ujarnya, dakwaan Badrul Hisham itu lebih kepada 'isu peribadi' dan menegaskan Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara menetapkan untuk menyokong pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

"(Isu) Chegbard... kita sudah serahkan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin yang baru. Setakat ini ADUN DAP telah menafikan dan kita menyokong langkah-langkah yang dibuat setakat ini oleh MB baru.

"Jadi ini tidak menjadi isu. Pada saya ia lebih kepada isu peribadi," katanya ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR, tengah hari tadi.

Badrul Hisham, atau lebih dikenali sebagai Chegubard pada dua hari lalu mendakwa tiga ADUN PKR dan dua ADUN DAP menarik balik sokongan terhadap Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.



Kesemua mereka adalah ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei masing-masing daripada PKR, manakala ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan ADUN Kinrara, Ng Sze Han pula daripada DAP.

Chegubard turut mengatakan salinan tiga ADUN PKR itu sudah diajukan kepada pemimpin kanan parti tersebut namun masih belum ada tindakan lanjut.

Kelima-lima ADUN itu menarik balik sokongan yang diberikan kepada Wan Azizah pada 14 Ogos lalu kerana dikatakan ia dibuat atas dasar paksaan oleh pemimpin atasan PKR.

Chegubard yang juga bekas Ketua Cabang PKR Rembau digantung keahliannya setelah mengeluarkan kenyataan mengenai parti di media.

Melalui sidang media itu juga Wan Azizah turut diminta mengulas kegusaran Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang 'tidak yakin' dengan kerjasama ketiga-tiga parti di dalam Pakatan sementelah kegagalan Majlis Presiden PR mengadakan mesyuarat selama enam bulan.

"Ini pada saya mungkin lebih ditujukan kepada PAS sebab komunikasi antara PKR dan DAP berlangsung secara berterusan. Manakala PAS pula hanya di peringkat di bawah jawatan Presiden. (Namun) Saya kira ia boleh diperbaiki," ujarnya.

Sejak kebelakangan ini DAP lantang mempersoalkan komitmen Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke setiap mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa ketidakhadiran Hadi menyebabkan gagasan itu sukar membuat keputusan penting.

Hadi dikesan mula menjarakkan diri dan seringkali tidak hadir mesyuarat pimpinan pusat Pakatan Rakyat selepas PKR bertindak membelakangkan PAS dalam isu 'Langkah Kajang' bagi menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Hadi dikatakan berkecil hati dengan gerakan itu dan enggan menyokong sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Wan Azizah.

Sementara itu Wan Azizah turut membayangkan penarikan semula Sultan Selangor terhadap gelaran 'Datuk Seri' suaminya seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan.

"Ini isu prorogatif, Sultan boleh berikan kepada sesiapa. Yang Anwar dapat daripada Sultan Selangor yang terdahulu," ulasnya.

Jawapan yang sama juga diberikan oleh Wan Azizah terhadap ura-ura gelaran yang sama bakal diberikan kepada Azmin lapor AntaraPos

Jawapan Chegubard mengenai jawapan Presiden PKR ni melalui Twitter..


Anak Sungai Derhaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.