Followers

Wednesday, December 17, 2014

Isu PERMATA: Siti Aishah disiasat bawah Akta Hasutan


KUALA LUMPUR 16 DIS: Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail dipanggil polis untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung isu Program Permata Negara (Permata).

Aishah akan disiasat esok di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 9 pagi. Beliau akan ditemani peguamnya, Sivamalar Genapathy yang juga Naib Ketua Wanita KEADILAN.

Beliau dalam laporan Keadilan Daily pada 12 Oktober lalu hanya mempersoal peruntukan sebanyak RM711 juta yang diberikan kepada Permata seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2015.

Pada 8 Disember lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha juga disiasat di IPD yang sama dan di bawah akta yang sama dalam isu Permata.

Haniza menyatakan bahawa kerajaan didakwa menyalahgunakan Akta Hasutan 1948 untuk menakut-nakutkan pihak yang berani mengkritik dan mempersoalkan dasar serta polisi yang dijalankan.

Jelasnya, tindakan pihak polis memanggil beliau memberi keterangan berhubung kenyataan mengenai peruntukan terhadap Permata sebelum ini menguatkan lagi dakwaan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.