Kita di dunia adalah musafir kelana,
Di sini bukan tempat tinggal selamanya,
Hidup di dunia hanyalah sementara,
Ke akhirat sanalah destinasi kita,
Di kala musafir carilah barangan berharga,
Untuk dibawa pulang ke Akhirat sana,
Jangan dibekal dengan kelakuan sia-sia,
Kelak disana hukuman menunggu kita,
Sewaktu di dunia jangan terpesona,
Perhiasan dunia bukan yang terutama,
Kerana di dunia bukan tempat tinggal kita,
Mahu atau tidak kita terpaksa ke sana,
Kekayaan yang halal bekal sebaiknya,
Ingatlah,jangan kita terlalai & terlupa,
Berhati-hatilah,jangan dunia menipu kita,
Jika kita tersilap di dunia yang fana,
Merana berduka di Akhirat sana,
Ingatlah sementara akal sihat sejahtera,
Syurga Allah menunggu penghuni-penghuninya,
Buat tatapan insan Soleh & Solehah yang taat setia,
Sedikit peringatan buat diri & sahabatku semua....
ALLAHUAKBAR....
SUBHANALLAH....
INSYALLAH....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.