Followers

Monday, December 8, 2014

Ini Dia Pasukan Elit Yang Buru ‘jerung’ judi, maksiat, kongsi gelap Stagg buru ‘jerung’ judi, maksiat, kongsi gelap. ILAH HAFIZ AZIZ

 

ANGGOTA STAGG membuat demonstrasi menyelamat mangsa pemerdagangan manusia pada majlis pelancaran Skuad Taktikal Khas 3 STAGG di FRIM, Kepong, Kuala Lumpur, semalam. –

BERNAMA KUALA LUMPUR 7 Dis. - Selepas menubuhkan dua pasukan elit bagi membanteras jenayah berprofil tinggi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan satu lagi skuad khas yang antara tujuan utamanya ialah untuk menangkap ‘jerung-jerung’ yang menjadi dalang bagi kegiatan perjudian, maksiat dan gengsterisme.

Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) ini difahamkan dievolusi daripada gerak kerja Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan akan memberi tumpuan terhadap suspek-suspek yang memainkan peranan penting dalam kegiatan judi haram, pelacuran serta kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Stagg juga setanding dengan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) yang diwujudkan setahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan skuad taktikal ketiga itu dilihat akan membantu PDRM dalam menumpaskan pelbagai kegiatan haram di negara ini.

“Saya sebenarnya setuju dengan laporan media yang mengatakan bahawa penangkapan ‘jerung’ (kegiatan perjudian, maksiat dan gengsterisme) harus dilakukan kerana operasi-operasi yang dilaksanakan sebelum ini hanya menangkap ‘ikan bilis’ sahaja.

“Menerusi penubuhan Stagg ini, saya yakin PDRM mampu menangkap lebih banyak ‘jerung’... Bukan sekadar di Kuala Lumpur sebaliknya di seluruh negara,” katanya selepas melancarkan penubuhan skuad berkenaan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di sini hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Utusan Malaysia sebelum ini ini mendedahkan tentang kegiatan perjudian haram yang dilihat `tumbuh bagai cendawan selepas hujan’ sehingga memaksa PDRM memberi tempoh selama seminggu untuk premis-premis judi ditutup.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan itu, hanya penjaga premis judi serta warga asing yang ditangkap manakala dalang-dalang yang mewujudkan premis itu masih lagi bebas.

Mingguan Malaysia hari ini juga mempersoalkan perkara sama dan menyatakan tiada tangkapan ke atas ‘taiko-taiko’ kegiatan jenayah itu meskipun lebih 10,000 serbuan dilakukan dan keadaan itu mewujudkan persoalan keupayaan pihak berkuasa untuk mengesan mereka.

Sementara itu, ditanya tentang kemampuan Stagg untuk membanteras gejala perjudian haram di-sebabkan akta sedia ada iaitu Akta Rumah Judi Terbuka 1953 terbatas, Ahmad Zahid menyatakan, skuad itu bakal diperkasakan dengan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

“Sememangnya Akta Rumah Judi Terbuka belum lagi dipinda namun Stagg akan mengikut akta-akta dalam setiap tindakan yang dilaksanakan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid juga memberitahu, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mening-katkan elaun khas bagi pegawai dan anggota yang menyertai Stagg, Stafoc dan STING.

Saya memikirkan elaun sedia ada yang diterima mereka belum lagi mencukupi dan tidak selaras dengan gerak kerja mereka yang berisiko tinggi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zahid turut memberitahu, buat pertama kali pasukan taktikal ketiga itu turut mengisi seramai 20 kakita-ngan awam yang dilihat akan membantu menyeragamkan tugas Stagg dan melancarkan proses-proses pendakwaan di mahkamah nanti.



Posted by mountdweller

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.