Followers

Wednesday, December 17, 2014

Harga minyak jatuh, saham ditutup rendah...???

 

Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini akibat tekanan jualan yang cetuskan oleh kejatuhan berterusan harga minyak yang mengurangkan permintaan dan memperlahan pertumbuhan global, kata peniaga.

Beliau berkata West Texas Intermediate jatuh bawah US$55 setong manakala minyak mentah Brent susut bawah US$60 setong.

Pada jam 5 petang hari ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 23.37 mata kepada 1,673.94, paras terendah dalam tempoh lebih lima tahun.

Seorang peniaga berkata harga saham jatuh memandangkan pelabur kekal tidak memasuki pasaran susulan laporan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menyemak semula dasar monetari hari ini.

Saham berkaitan minyak dan gas antara kaunter cergas iaitu Hubline susut setengah sen kepada 3.5 sen, Tiger Synergy jatuh satu sen kepada 12.5 sen, SapuraKencana turun dua sen kepada RM2.08, Perisai Petroleum Teknologi kekal pada 40 sen dan Dialog merosot lima sen kepada RM1.26.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas susut 129.53 mata kepada 11,450.21, Indeks FBMT100 jatuh 128.94 mata kepada 11,227.68, FBM 70 merosot 34.33 mata kepada 12,420.8, FBM Ace kurang 31.12 mata kepada 5,112.46 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 105.2 mata kepada 11,814.71.

Dari segi sektor, Indeks Perusahaan jatuh 42.38 mata kepada 3,033.33, Indeks Perladangan susut 152.18 mata kepada 7,383.4 dan Indeks Kewangan turun 266.45 mata kepada 14,857.75.

Kaunter rugi mengatasi untung dengan 572 berbanding 296, manakala 275 kaunter tidak berubah, 564 tidak diniagakan dan 16 lagi digantung.

Jumlah dagangan jatuh kepada 1.64 bilion unit bernilai RM2.1 bilion daripada 2.06 bilion unit bernilai RM2.32 bilion pada Isnin.

Kaunter berwajaran tinggi Maybank jatuh 31 sen kepada RM8.29, TNB susut enam sen kepada RM13.34, Public Bank lapan sen lebih rendah pada RM17.58, Axiata turun enam sen kepada RM6.82 dan Sime Darby jatuh 23 sen kepada RM8.78.

Jumlah dagangan Pasaran Utama jatuh kepada 1.23 bilion unit bernilai RM2 bilion daripada 1.49 bilion unit bernilai RM2.18 bilion semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 245.83 juta saham bernilai RM44.27 juta daripada 370.4 juta saham bernilai RM76.5 juta.

Waran susut kepada 158.81 juta unit bernilai RM57.65 juta berbanding 198.01 juta saham bernilai RM58.41 juta sebelum ini.

Produk pengguna meliputi 54.74 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan (174.87 juta), pembinaan (47.98 juta), perdagangan dan perkhidmatan (629.51 juta), teknologi (50.78 juta), infrastruktur (16.38 juta), SPAC (30.42 juta), kewangan (64.38 juta), hotel (5.3 juta), hartanah (131.58 juta), perladangan (16.68 juta), perlombongan (24,200), REITs (7.62 juta) dan ditutup/dana (246,500).


Bernama 

Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.