Followers

Tuesday, December 16, 2014

Harga minyak jatuh, jadikan Malaysia paling lemah di Asia Tenggara, kata konsultan.

 Malaysia muncul sebagai tempat paling lemah dalam Asia Tenggara berikutan penurunan semasa harga minyak mentah dunia dan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang melemahkan ringgit berbanding dolar AS, kata konsultan kredit antarabangsa.

Menulis dalam ruangan Macroscope di akhbar Hong Kong, South China Morning Post, Nicholas Spiro berkata pengeksport minyak itu juga lebih sensitif kepada kenaikan pengeluaran Perbendaharaan AS kerana ia mempunyai salah satu saham terbesar pegangan asing dalam bon matawang tempatan di pasaran berkembang (Ems).

Beliau berkata negara Asia yang berkembang sudah membuktikan ia secara relatifnya mampu bertahan terhadap sentimen kemerosotan, sebahagiannya disebabkan pelabur lebih positif terhadap rantau itu berbanding negara Eropah berkembang dan Amerika Latin, dan juga ekonomi utama Asia adalah pengimport minyak dan akan mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak.

“Tetapi satu negara dalam rantau itu terkeluar daripada aspek kelemahannya: Malaysia,” katanya dalam kolum akhbar itu.

Pengarah urusan firma perunding berpangkalan di London Spiro Sovereign Strategy yang khusus dalam dana dijamin kerajaan di Eropah berkata saham Malaysia jatuh 12% dalam tempoh 3 bulan, digambarkan sebagai “penurunan tercuram” di kalangan Ems utama, sementara ekuiti Indonesia dan Thailand hanya jatuh 0.8% dan 2.5% masing-masing bagi tempoh yang sama.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.