Followers

Saturday, December 20, 2014

'Hampir dua minggu, tiada respon dari Najib'

Najib Tak Layan Surat 25 Tokoh Melayu Ternama

 

Aktivis sosial Datuk Marina Mahathir berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi tidak memberi sebarang respon walaupun selepas kira-kira dua minggu surat terbuka daripada 25 tokoh Melayu ternama ditujukan kepada pemimpin negara itu.

Marina juga berkata, berdasarkan tuntutan yang dibuat oleh 25 tokoh itu yang menyeru ke arah kesederhanaan, beliau yakin bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad akan turut menyokongnya.


"Mereka (25 tokoh Melayu) meminta perdana menteri untuk buat sesuatu. Saya rasa mereka kini sedang tunggu respon dari perdana menteri.

"Tetapi hampir dua minggu, kita langsung tidak dengar sebarang respon lagi. 



 

"Melihat kepada surat (daripada 25 tokoh Melayu) itu, saya rasa dia (Mahathir) tidak akan membantah.

"Jadi saya harap dia juga menyokong (tuntutan itu)," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Institut Pengurusan Wanita (WIM), hari ini.

Selain itu, Marina juga berkata, beliau menghormati dan mengalu-alukan tindakan yang dibuat oleh 25 tokoh ternama itu.

Ini kerana, katanya, melihat kepada keadaan semasa yang semakin meruncing, penyelesaian bagi masalah yang berbangkit perlu dilakukan bersama-sama.

"Saya memang mengalu-alukan kumpulan 25 tokoh bekas pegawai kerajaan itu yang menyeru kerajaan untuk membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah sekarang.

"Sekarang banyak tekanan dan kita semua perlu duduk bersama-sama untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini dengan cara yang tenteram dan rasional.

"Jadi, saya amat tabik pada mereka kerana mereka telah memberi harapan kepada rakyat Malaysia," kata anak sulung Mahathir itu.

Minggu lalu, seramai 25 Melayu ternama mencuri perhatian umum selepas menggesa Najib bertegas terhadap suara-suara yang tidak bertoleransi dalam negara.

Malah, 25 orang tokoh itu juga menyeru ke arah kesederhanaan dan meminta agar perbincangan terbuka berkaitan undang-undang Islam dilakukan.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.