KUALA LUMPUR 9 Dis: Hak asasi manusia di Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mencecah paras terendah.
Fakta itu dinyatakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam laporan 2014 mengenai hak asasi manusia di negara ini.
Menurut laporan itu yang dilancarkan hari ini, kebebasan bersuara ‘menjadi mangsa utama’ tahun ini, dengan 44 orang disiasat, didakwa atau disabitkan di bawah Akta Hasutan 1948.
Mangsa terbabit termasuk pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis, peguam, ahli akademik, pendakwah Islam dan juga pelajar.
“Kebebasan bersuara terjejas teruk dengan ugutan yang tidak henti-henti dilancarkan oleh pihak berkuasa terhadap pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil,” kata laporan itu.
Berdasarkan pemerhatian Suaram, kumpulan masyarakat sivil yang diancam pihak berkuasa antaranya termasuk Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) dan Sisters in Islam (SIS).
Menurut laporan itu lagi, ‘perkembangan yang membimbangkan’ tahun ini merupakan peningkatan dalam ucapan benci dan keganasan, yang dibenarkan pihak berkuasa – yang mencetuskan kebencian dan sikap tidak bertoleransi antara kaum dan agama.
“Kebebasan beragama dan hubungan etnik telah terancam teruk walaupun tuntutan komitmen kepada kesederhanaan dan toleransi oleh Perdana Menteri pada mesyuarat antarabangsa yang berprofil tinggi,” tulis laporan itu lagi, lapor The Malaysian Insider.
Pemerhatian Suaram mendapati usaha ‘mendiamkan pengkritik’ semakin meningkat berikutan siasatan polis di bawah Akta Hasutan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha, kerana mempersoalkan peruntukan belanjawan negara kepada program pendidikan awal Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.