“Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya.
“Saya berhijab kerana Allah SWT,” jelas Fara atau dikenali juga sebagai ‘Fafau’ ketika ditemui The Rakyat Post.
Fara yang juga pengacara rancangan televisyen NONA berkata, sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang benar mengikut tuntutan syarak. “Saya suka mendengar ceramah ceramah agama.
Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar,” katanya.
Fara berkata, kalangan pendakwah tempatan sebenarnya telah berjaya menyampaikan dakwah di kalangan artis dan selebriti di negara ini dengan baik.
“Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya yang bimbang ada pihak tertentu mengaitkan selebriti dan artis sepertinya dengan pertubuhan tertentu.
Ditanya mengenai penampilan selepas berhijab, beliau mengakui perlu lebih teliti memilih pakaian yang ditaja.
“Saya bergabung dengan FF By Maganda buat pada masa ini untuk menyediakan fesyen yang bersesuaian dengan imej hijab yang akan digayakan dalam majlis.
“Saya cuba elak berpakaian ketat menampakkan bentuk tubuh,” kata Fara. -ekeleh
Kelab Greenboc
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.