Followers

Tuesday, December 9, 2014

Dr M dinasihat 'hentikan omong kosong'

 
 
Permusuhan politik mereka menjadi legenda, yang berterusan sejak beberapa dekad lalu, dan sehingga kini tidak nampak tanda-tanda ia akan kendur.

Terbaru, Lim Kit Siang berang dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat takut kemungkinan beliau akan menerajui kerajaan.

Bagaimanapun, pemimpin veteran pembangkang 73 tahun itu memaafkan bekas perdana menteri itu yang kini 89 tahun, yang dianggapnya seorang yang lanjut usia.

Lim berkata beliau memaafkan Dr Mahathir kerana mengambil kira bahawa bekas perdana menteri itu sudah hampir mencecah usia 90 tahun.

Bagaimanapun, katanya, Dr Mahathir harus berhenti menjadi penyebar kebencian dan ketakutan.

Menulis dalam Twitter, Lim berkata, pada mulanya beliau menyangka Dr Mahathir memberi amaran bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya akan ditangkap.

"Tetapi beliau benar-benar telah tersasar, sudah nyanyuk?" soalnya.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian yang disiarkan semalam, Mahathir berkata rakyat menyokong BN kerana mereka takut Anwar dan Lim menerajui kerajaan.

Kata Mahathir, jika Anwar menjadi perdana menteri, mereka akan menyaksikan Kit Siang menjadi menjadi timbalannya dan kemudian menjadi menteri dalam negeri dan rakyat akan ditangkap.
 
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.