Followers

Friday, December 19, 2014

Bukan Azmin untuk khianati Anwar

 JIWA SENJA                                                                                     

Pendirian dan sikap yang diambil MB Selangor Mohamed Azmin Ali (Minali) melihat peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi dan sumbangan yang dimainkan khasnya dalam menggerakkan politik Pakatan Rakyat sebagai relevan adalah tepat dan satu pandangan ikhlas yang terbit dari dhamir seorang bertanda tokoh.
Anwar dan Azmin: Saling mengerti hati masing-masing.

Minali jelas tidak berpandangan sempit seperti sesetengah orang yang melihat Anwar sudah lapok dan usang serta tidak berkemampuan untuk mengayuh politik di negara ini. 
 
Pendirian Manili itu juga menyerlahkan akan kesetiaan beliau dalam berkolobrasi politik sejak zaman remaja hingga ke hari ini bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.
Lebih jauh dari itu penerimaan Minali terhahap Anwar dan tidak pernah terpengaruh dengan sebarang elemen memburuk-burukkan idolanya itu menunjukkan keintiman dan kepercayaan Minali kepada seorang yang dianggap ketua, dan sahabat bersifat sebagai abang.

Hakikat itu diakui sendiri oleh Minali apabila beliau memperakui akan kehebatan Anwar, dengan mengatakan; "Saya menghormati Anwar. 
 
Saya sudah lama bekerja dengan beliau dan pandangan beliau diambil kira dalam parti, dalam PR dan dalam kerajaan negeri sebagai penasihat ekonomi."
Iya, siapa boleh menafikan, melonjaknya Minali dalam persada politik hari ini sehingga menjadi orang terpenting di Selangor adalah kerana kucahan arus dan gelombang dibangkitkan Anwar. 
 
Kerana kesabaran, kegigihan dan keberanian telah meletakkan Minali ditempat itu hari ini. Belum tentu nasibnya segemilang hari ini kalau dia mufarakah daripada Anwar. Banyak rakan-rakan lain yang tidak mempunyai sinargi kesabaran terjepalak di tengah jalan.
Pernyataan Minali itu menunjukkan MB Selangor itu senantiasa sedar diri, ikhlas dan jujur dalam menilai siapa Anwar.

Sesetengah pihak tanpa menilai kebolehan, bakat serta keistimewaan yang ada kepada Anwar, bahkan menolak realiti, menggesa atau cuba memberi pandangan agar Minali menggugurkan jawatan penasihat ekonomi Selangor yang dipegang Anwar dengan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku, apabila Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran yang dianugerahkan Sultan Selangor kepada Anwar.

Bagi mereka yang waras dan tahu hal ehwal pentadbiran tidak sesekali akan mencampuri urusan pentadbiran negeri dengan hak yang ada kepada Sultan selagi ia dibenarkan oleh Perlembagaan. 
 
Sultan berhak menarik balik darjah kebesaran itu daripada sesiapa sahaja, tetapi hak untuk mengekalkan Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor adalah hak Menteri Besar.
Kalau mereka mempunyai mata dan pandangan sama seperti Minali, mereka dapat memisahkan mana hak sultan dan dimana pula kehebatan yang ada kepada Anwar yang boleh dimanfatkan untuk membangun Selangor sekaligus mengukuhkan kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sultan sendiri rasanya arif mengenai hal ini dan baginda bertindak sejauh mana dengan kuasa yang ada kepadanya. Soal tindakan sultan itu ditafsir sebagai satu kemurkaan itu adalah terjemahan para penulis kitab politik yang berkepentingan dan kesekian lama membenci Anwar tanpa sebab konkrit melainkan bersandar kepada fitnah mentah. 
 
Mereka ini sebenarnya tidak dapat menilai dan mengenali antara kaca dengan berlian kerana "semabur" warna.
Mereka yang mahu melihat Minali menggugurkan jawatan Anwar itu adalah mereka yang cemburu, iri hati dan tidak senang dengan Anwar atas sifat peribadi dan bukan dibuat demi kemajuan dan pembangunan di Selangor. 
 
Gesaan itu juga bermotif mahu mewujudkan ruang pertelingkahan antara Minali dengan Anwar agar senang mereka mencelah dan memisahkan kepaduan antara keduanya.
Mereka ini adalah musuh dan penasihat yang jahat mahu mengerat duakan PKR agar senang mereka membina terusan untuk menyeberang. Anwar dan Minali perlu diasingkan kalau mahu melihat PKR hancur.

Minali tidak semudah itu untuk terpengaruh dengan cadangan-cadangan dan idea Yahudi begitu. Kesetiaan Minali terhadap Anwar telah teruji sejak berdekad lampau.

Dalam pada itu Minali sangat memerlukan Anwar sebagai "penaung" atau azimat kepada kerajaanya. 
 
Kehebatan Anwar atau keupayaan dalam memberi nasihat kewangan, ekonomi dan sebagainya terbukti bila mana beliau (Anwar) sering dijemput untuk bercakap (diskusi) mengenai kewangan di serata dunia dan juga menjadi panel kepada beberapa syarikat kewangan atau perbankan antarabangsa.
Hanya mereka yang cemburu dengan Anwar, tidak senang dengan karektornya dan termakan racun disembur oleh bekas PM, Mahathir Mohamad kepada Anwar sejak tahun 1989 akan membenci Anwar selamanya walaupun sebelum ini merekalah yang menjadi juara mempertahankan dan tukang sambut Anwar dan sanggup menjadi hulubalang mempertahankan Anwar walaupun bersenjatakan parang tumpul.

Anwar sebarnya bernasih baik mempunyai rakan dan bekas pegawai seperti Minali yang tetap mengenang budi dan menyanjungi kehebatannya dan sama sekali tidak menunjukkan niat untuk khianat. 
 
Hari pun kalau Minali ada angan-angan untuk khianat atau melupai Anwar, peluang itu sudah terbuka kerana dia sudah memiliki hampir semua kekuatan. 
 
Tetapi dengan pernyataan dan pengakuan serta pembelaan Minali kepada Anwar Ibrahim menujuk dan mengenalkan dunia siapa dia Minali.
Minali seorang sahabat dan anak didik yang senantiasa mengingati apa-apa budi dan kebaikan Anwar sebab itu MB Selangor itu tidak mudah terpengaruh dengan orang-orang yang membenci Anwar Ibrahim. 
 
Baginya biarlah seribu kali orang membenci Anwar sejuta kali dia akan menyayanginya.
Memakan jeruk waktu petang, Jeruk kerian makan bersama, Biarlah buruk dimata orang, Tetapi intan dihatinya.
Semoga mereka akan kekal dan sepakat selamanya. [wm.kl.7:22 pm 18/12/14]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.