Beliau juga mendakwa bahawa Umno bahagian Batu Kawan bimbang bahawa
beliau akan membangkitkan kemelut IMDB semasa perhimpunan agung tahunan
parti itu
dan oleh itu tidak mencalonkannya untuk berucap kepada para
perwakilan.
Memetik kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Datuk
Khairuddin Abu Hassan berkata ia mencerminkan pendirian tidak
berkompromi Umno.
Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata ada pihak dalam Umno
yang tidak mahu mempertahankan apa yang betul, termasuk mempersoalkan
keputusan pemimpin mereka.
Daripada membodek, tegasnya, ahli perlu lebih pro-aktif dan
mempersoalkan apa yang betul dan salah serta apa yang memberi manfaat
kepada rakyat.
Khairuddin memberitahu pemberita demikian selepas membuat laporan
terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Ibu Pejabat Polis Dang
Wangi petang tadi.
Khairuddin berkata, dia diberitahu oleh perwakilan lain supaya tidak
menyuarakan perkara itu dan mendakwa jawatankuasa pengurusan tidak
membenarkannya membahaskan tentang 1MDB.
Menjangkakan tindak balas dari Umno ekoran laporan polis yang dibuatnya, Khairuddin bagaimanapun, tidak bimbang mengenainya.
Menurutnya, ramai ahli Umno yang tidak mahu beliau membuat laporan
sedemikian, terutama apabila ia melibatkan syarikat yang berkait rapat
dengan Umno.
Bagaimanapun, kataya, beliau mahu menjelaskan kepada beberapa pemimpin Umno bahawa inilah pendekatan yang Umno harus ambil.
Menurutnya, persepsi awam tentang Umno perlu berubah dan rakyat mesti
merasakan bahawa Umno bertanggungjawab untuk semua rakyat Malaysia dan
perlu menjadi popular semula.
Khairuddin, yang dikenali sebagai penyokong kuat Tun Dr Mahathir
Mohamad, juga berkata bahawa tidak adil bagi Umno mengambil tindakan
tatatertib terhadapnya.
Katanya, beliau bersedia untuk mendengarkan apa yang Majlis Tertinggi
Umno dan jawatankuasa disiplin mahu katakan (tentang laporan polis itu).
Sambil bertanya atas asas apa mereka mahu mengambil tindakan
terhadapnya, Khairuddin berkata, beliau membuat laporan itu terhadap
sebuah syarikat dan bukan terhadap Umno atau pemimpinnya.
Sebelum ini, Dr Mahathir telah menyatakan kekecewaannya kerana isu 1MDB
yang tidak dibangkitkan semasa perhimpunan agung Umno itu.
Isu membabitkan 1MDB juga turut dibangkitkan oleh pihak pembangkang, yang telah menggelarnya sebagai "ibu segala skandal".
Sementara itu, dalam emel kepada Malaysiakini kemudian, 1MDB berkata ia yakin laporan polis itu tidak mempunyai asas perundangan.
Menurut emel itu lagi, pihaknya mengalu-alukan sebarang penyiasatan terhadap urusannya dan sebagai peluang untuk menangkis dakwaan jahat.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.