Followers

Sunday, December 14, 2014

Bayaran BR1M 4.0 Bermula Hujung Januari, Kata Menteri

 


Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (BR1M 4.0) akan dilaksanakan bermula hujung Januari depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau meminta pemohon baharu bantuan itu membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini semula maklumat peribadi sebelum tarikh tutup pada 31 Disember ini.

"Pemohon baharu (BR1M) perlu membuat permohonan segera sebelum tarikh tutup pada 31 Disember, kemudian kita akan proses untuk melihat mereka yang layak sebelum pembayaran dibuat hujung Januari ini.

"Bagi penerima sedia ada mereka perlu mengemas kini maklumat kerana sukar untuk kita beri pampasan kepada waris penerima yang meninggal dunia kerana mereka tidak letak nama pewaris pada borang," katanya.

Dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan April 2015 dan kemampuan fiskal, kerajaan mengumumkan BR1M dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kadar BR1M dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.

BR1M akan dibayar pada Januari, Mei dan September. – Bernama, 14 Disember, 2014. POST BY :  



BLOG TAUHU SUMBAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.